Kualiti Friso Gold

Friso Gold – nutrisi kanak-kanak dari Royal FrieslandCampina, sebuah syarikat yang dengan bangganya dimiliki oleh sekumpulan peladang susu. Ini menjamin komitmen serta kualiti dalam proses penghasilan susu. Keselamatan makanan adalah tanggunjawab syarikat sepenuhnya. Kesedaran kualiti berterusan dipastikan dengan beberapa spesifikasi, peraturan dan prosedur.
Segala ini akan dipastikan dalam bahan mentah dan ramuan, serta penghasilan, pembungkusan dan proses logistik. Secara semula jadinya, kesemua bahan mentah dan keluaran akhir akan disemak secara konsisten demi menjamin keselamatan dan kualiti.

Produk Friso Gold disahkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Negara Belanda untuk Susu dan Produk Susu (COKZ), yang memenuhi keperluan keselamatan susu dalam Suruhanjaya Keputusan EU, peraturan Majlis Komuniti Eropah (EEC) serta Suruhanjaya Alimentar Kodeks.

Si manja yang kuat dari dalam, supaya dia boleh menikmati yang terbaik dalam tahun-tahun tumbesarannya.

FrieslandCampina

Royal FrieslandCampina N.V. adalah sebuah syarikat multinasional yang menghasilkan dan memasarkan produk tenusu dan ramuan semula jadi yang berkhasiat dan berkualiti tinggi. Syarikat ini dimiliki oleh koperasi seramai 15,000 ahli peladang tenusu (di Negara Belanda, Jerman dan Belgium) yang membekalkan susu mereka kepada organisasi ini. Rasa, kesihatan, kemudahan dan kebolehpercayaan adalah ciri-ciri utamanya. Dengan hasil pendapatan sebanyak 9.6 bilion euro (pada tahun 2011), Syarikat ini mempunyai 19,000 orang kakitangan serta lokasi perkilangan dan jualan di 25 Negara.

FrieslandCampina menguruskan aktiviti perniagaannya dalam empat kumpulan perniagaan, Produk Pengguna Eropah, Produk Pengguna Antarabangsa, Keju & Mentega serta Ramuan. Barisan produk ini terdiri daripada susu pengguna, susu tepung dan susu pekat, minuman susu, yogurt, pencuci mulut, krim, krimer kopi, keju, mentega dan ramuan.

Jenama syarikat yang paling utama adalah Friso Gold, Campina, Completa, Dutch Lady, Frisian Flag, Foremost, Betagen, Friesche Vlag, Fruttis, Vifit, Langliebe, Milli, Mona, Optimel, Optiwell, Puddis, Pottyos, Fruttis, NoyNoy, Peak, Rainbow, Yazoo, Appelsientje, DubbelFrisss, CoolBest, Debic, Frico, Milner, Buttergold, Valess, DMV, Klevit, Domo, Creamy Creation dan Nutrifeed.

Peniagaan ini berdasarkan model koperatif. 16,000 orang ahli peladang tenusu dari Zuivelcooperatie FrieslandCampina adalah pemilik dan pembekal susu tersebut.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.frieslandcampina.com

Dapatkan sampel percuma

Si manja berhak mendapat yang terbaik dalam tahun-tahun tumbesarannya. Friso Gold membantu si manja kuat dari dalam agar dia boleh meneroka lebih pengalaman bersama anda

Beli Online Untuk Penghantaran Percuma

Beli-belah pada bila-bila masa di kedai online kami. Nikmati penghantaran percuma setiap hari, tiada pembelian minimum diperlukan.

Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, kemusykilan atau maklum balas tentang produk, syarikat atau perkhidmatan kami, sila isikan borang ini

Warning