Penggunaan maklumat
Kami menghormati hak-hak privasi para pengguna laman sesawang ini. Tiada maklumat peribadi diperlukan untuk mengakses laman sesawang ini namun sekiranya maklumat peribadi diperlukan bagi tujuan tertentu yang dinyatakan dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki untuk memberikan maklumat yang benar dan tepat.
Pengumpulan Maklumat Peribadi Yang Boleh Dikenalpasti.
Dutch Lady Malaysia mengumpul data peribadi yang boleh dikenalpasti mengenai anda bagi tujuan untuk menyediakan perkhidmatan atau untuk memberi maklumbalas kepada anda. Ini adalah hanya sekiranya anda memberi maklumat yang diperlukan secara sukarela. (Maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti adalah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenalpasti atau menghubungi individu tertentu dan sebarang maklumat lain berkaitan dengan individu tersebut.)
Pendedahan maklumat
Dutch Lady Malaysia tidak akan berkongsi maklumat ini dengan sesiapa pun yang bukan daripada syarikat-syarikat sekutunya melainkan mengikut undang-undang dan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Laman ini mungkin mengandungi pautan-pautan atau rujukan-rujukan kepada laman-laman sesawang yang lain di mana Dasar Privasi ini tidak boleh diguna pakai. Dutch Lady Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap amalan-amalan privasi atau kandungan di dalam laman-laman sesawang yang lain. Sila pastikan anda membaca dengan teliti dan bersetuju dengan Dasar Privasi setiap laman sesawang yang dilayari.

Setiap kali anda menghantar maklumat menerusi laman sesawang ini, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat tersebut mengikut Dasar Privasi ini. Sekiranya anda memaklumkan kepada Dutch Lady Malaysia bahawa maklumat tersebut tidak lagi boleh digunakan pakai bagi tujuan menghubungi anda seterusnya, Dutch Lady Malaysia akan menghormati permintaan anda.

Dutch Lady Malaysia berhak untuk menukar atau mengemaskini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Sekiranya kami menukar Dasar dan Prosedur Privasi atas talian, kami akan memaparkan perubahan-perubahan tersebut di dalam laman sesawang ini bagi memastikan anda mengetahui tentang maklumat terkini yang terkumpul, bagaimana cara kami menggunakannya dan dalam keadaan bagaimana kami akan mendedahkannya. Sebarang perubahan atau kemaskini akan berkuatkuasa serta-merta setelah dipaparkan di laman-laman sesawang. Sila semak sekerap mungkin, terutamanya sebelum anda memberikan sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti.

Dapatkan sampel percuma

Sama ada ibu atau si manja, susu-susu kami dirumus khas dengan nutrien yang mudah dihadam agar anda kuat dari dalam supaya anda dapat meneroka lebih pengalaman bersama-sama.

Mohon sekarang

Beli Online Untuk Penghataran Percuma

Beli-belah pada bila-bila masa di kedai online kami. Nikmati penghantaran percuma setiap hari, tiada pembelian minimum diperlukan.

Beli sekarang

Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, kemusykilan atau maklum balas tentang produk, syarikat atau perkhidmatan kami, sila isikan borang ini

Hubungi kami