Langkau ke kandungan utama
A mother holding a cup of pregnancy milk

Perlukah Ibu Hamil Minum Susu Ibu Mengandung?

Tertanya-tanya perlukah ibu hamil minum susu ibu mengandung? Baca di sini tentang bilakah masa yang terbaik dan susu tepung manakah yang bagus untuk kehamilan. Ketahui lebih lanjut.

Transkrip Video

Searching Frisomum® Gold product information
Pregnant mom consumes Frisomum® Gold milk powder

Apabila memilih makanan dan minuman untuk dimasukkan ke dalam diet anda sewaktu mengandung, kebimbangan terbesar anda adalah menyokong kedua-dua diri anda dan anak anda. Memandangkan susu adalah minuman kebiasaan yang anda mungkin ambil pada waktu pagi dan ianya boleh dimasukkan ke dalam diet anda sewaktu mengandung! Ini adalah kebaikan-kebaikan susu tepung untuk ibu mengandung untuk kehamilan, dan jenis-jenis susu yang lain yang anda boleh pilih. Seperti biasa, kami mengesyorkan bahawa anda berunding terlebih dahulu bersama doktor anda untuk nasihat-nasihat sebelum melaksanakan sebarang perubahan diet.

5 Manfaat Susu Ibu Mengandung

The need of folic acids in pregnant women is higher

Membekalkan Asid Folik

Asid folik membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan janin dan memainkan peranan penting dalam pembentukan sel darah merah. Berbanding dengan dewasa biasa, keperluan asid folik untuk ibu-ibu mengandung adalah lebih tinggi.

The need of folic acids in pregnant women is higher

Mengurangkan Ketidakselesaan Kehamilan

Peminuman susu ibu mengandung mampu membekalkan nutrien-nutrien yang hilang disebabkan loya dan muntah untuk wanita-wanita semasa mengandung.

 

Tidak Mengganggu Penghadaman

Susu ibu mengandung mudah diserap dan tidak menambah kepada isu-isu penghadaman. Ianya juga sesuai untuk ibu-ibu menyusu kerana ia membantu melengkapkan keperluan nutrisi badan. Ibu-ibu perlu memilih susu ibu mengadung yang sesuai dengan mereka, mempunyai rasa yang ringan dan mempunyai nutrisi yang seimbang serta kandungan lemak yang mudah untuk diserap.

 

Risiko yang Rendah untuk Penyakit-Penyakit

Mengambil susu ketika mengandung membantu merendahkan risiko penyakit-penyakit seperti sklerosis berbilang, riket neonatal dan osteoporosis.

 

Penambahan berat badan

Berapakah berat badan yang sihat untuk ditambah? Setiap kehamilan adalah berbeza. Segelintir ibu-ibu hanya menambah 5 ke 7kg berat sahaja manakala yang lain mampu menambah sehingga ke 20kg sepanjang tempoh kehamilan mereka. Langkah yang baik untuk diikuti ketika kehamilan adalah jika ibu adalah berlebihan berat badan sewaktu permulaan kehamilan, penambahan beratnya perlu kurang dari berat seseorang yang mempunyai BMI yang biasa. Wanita yang mempunyai berat yang biasa sewaktu permulaan kehamilan boleh menambah berat diantara 10-15kg, manakala wanita yang berlebihan berat badan hanya perlu menambah 5-7kg. Pengambilan susu ibu mengandung boleh membolehkan anda mencapai kalori serta pengambilan nutrisi anda.3

2 Manfaat Susu Ibu Mengandung untuk Janin

Kaya dengan Nutrisi

Susu ibu mengandung adalah sumber kalsium dan vitamin D yang penting untuk wanita-wanita sewaktu kehamilan. Mendapat vitamin D yang mencukupi sewaktu kehamilan dapat merendahkan risiko anak untuk mendapat alahan di masa hadapan. Ibu-ibu mengandung memerlukan sebanyak 1000mg ke 1300mg kalsium setiap hari untuk khasiat badan mereka dan tumbesaran anak mereka. Pengambilan susu semasa mengandung boleh memenuhi sebahagian keperluan kalsium anda. Anda boleh mengambil suplemen kalsium yang disyorkan oleh doktor anda dan mempraktikkan minum susu setiap hari untuk mencapai keperluan kalsium.2

 

Tumbesaran Anak Anda

Mengambil susu ibu mengandung sewaktu kehamilan boleh membantu tumbesaran anak anda. Anak-anak juga boleh mendapat tahap insulin yang tinggi dalam darah mereka di kemudian hari. Ini mengurangkan risiko diabetes jenis 2.1

3 Jenis Susu yang Berbeza

Ramai bakal-bakal ibu mempersoalkan jika susu lembu adalah pilihan yang selamat sewaktu kehamilan, susu tepung yang mana yang baik untuk kehamilan dan alternatif apa yang boleh digunakan jika anda tidak boleh minum susu penuh biasa. Baca untuk ketahui selanjutnya:

 

Susu Lembu

Terdapat banyak kebaikan meminum susu lembu sewaktu kehamilan. Susu penuh daripada lembu adalah sumber yang sihat untuk protein dan banyak mineral-mineral penting seperti kalsium, vitamin D, vitamin B dan juga lemak untuk kedua-dua badan anda dan keperluan anak anda yang sedang membesar. Di sesetengah kes, beberapa hidangan susu boleh dimasukkan dengan selamat ke dalam diet kehamilan harian anda.

Walau bagaimanapun, meminum susu lembu sewaktu hamil bukanlah hanya satu pilihan. Ramai wanita-wanita mendapati bahawa perut mereka tidak boleh menahan susu dengan baik, walaupun jika mereka tidak pernah ada isu dengan penghadaman susu sebelum ini. Laktosa--gula semulajadi yand didapati di dalam kedua-dua susu pasteur dan mentah-- selalunya merupakan pelaku sebab badan anda menolaknya. Dalam situasi ini, anda mungkin perlu mencari alternatif susu yang mampu menyediakan segala nutrisi tanpa isu-isu sensitif yang berkaitan dengan susu penuh.

 

Pilihan susu yang berasaskan tumbuhan

Jika anda mendapati anda sensitif terhadap susu penuh sewaktu kehamilan anda, anda boleh cari produk-produk susu yang berasaskan tumbuhan seperti susu badam dan susu soya yang boleh menjadi pilihan alternatif. Produk-produk ini secara semulajadinya adalah bebas laktosa, mengurangkan risiko isu penghadaman yang berkaitan dengan laktosa. Selalunya diperkukuh oleh protein dan mineral-mineral, ia dapat membantu anda untuk mengambil jumlah kalsium dan vitamin yang diperlukan.

Diingatkan untuk mencari versi yang lebih sihat seperti susu badam tanpa gula. Walaupun ibu-ibu mengandung perlu mengambil kalori yang lebih ketika mengandung, ianya lebih baik jika ianya datang dari sumber makanan yang menyeluruh dan bukan kalori-kalori kosong yang terdapat dalam produk-produk yang dimaniskan atau tinggi lemak.

Tidak kira apa jua susu alternatif yang anda pilih, sila pastikan anda minum banyak air ketika kehamilan. Amalan meminum segelas air setiap pagi bukan sahaja salah satu amalan yang baik untuk badan dan kesihatan anda, tetapi penting untuk anak anda juga.

 

Friso® Gold Mum – Susu formula alternatif kami untuk kehamilan 

Untuk memenuhi keperluan khusus bakal ibu, susu untuk ibu mengandung sering disyorkan kerana ia membantu mengimbangi keperluan pemakanan anda dan anak anda dengan selamat. Kami telah merumuskan Friso® Gold Mum dengan mengambil kira ibu dan anak, dan formula Dual Care+ yang unik menyokong anda dalam perjalanan kehamilan anda.

Jika anda tertanya-tanya bilakah masa terbaik untuk mengambil susu sewaktu mengandung, ambil perhatian bahawa anda boleh bermula sebaik sahaja anda mengetahui kehamilan anda. Mengambil jumlah tepat kalsium dan mineral-mineral yang lain untuk menyokong anda semasa dan selepas kehamilan adalah mencabar, jadi kami telah sertakan jumlah yang sihat ke dalam Friso® Gold Mum untuk menyokong perubahan fisiologi anda sewaktu mengandung. Friso® Gold Mum bukan sahaja susu formula untuk kehamilan, ia juga menyediakan asas yang baik untuk anak anda yang sedang membesar. Malahan, beberapa nutrien-nutrien penting yang disediakan oleh Friso® Gold Mum kepada anda termasuk.

Vitamin B12 – Diperlukan untuk pembuatan sel darah merah dan fungsi sistem saraf yang sihat.

Asid folik – Asid folik adalah penting untuk perkembangan dan pembahagian sel-sel. Folat memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah. Folat membantu mengekalkan tumbesaran dan perkembangan janin.

Iodin – Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak.

Vitamin D – Vitamin D adalah diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Kalsium – Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Indeks glisemik rendah – Indeks glisemik (GI) merupakan satu sistem penilaian untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah anda apabila dimakan sendiri. Indeks glisemik rendah (GI) mampu membantu ibu untuk mengelakkan menjadi berlebihan berat badan sewaktu mengandung.

Frisomum® Gold milk powder for pregnant and lactating mums

               

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

Berapa Banyakkah yang Cukup?

Semakin sedikit kandungan cecair yang wanita mengandung mendapat, semakin tinggi peluang untuk wanita tersebut mengalami pengekalan air dalam tubuh. Apabila seorang wanita mengandung dalam keadaan baik dan terhidrat secukupnya, peluang untuk mengalami pengekalan air dalam tubuh berkurangan. Tiga gelas susu ibu mengandung Bbukan sahaja membekalkan nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh ibu dan anaknya, tetapi ia juga menambah keperluan cecair semasa kehamilan. 4

Selain memahami jenis-jenis susu yang ibu mengandung perlu, satu lagi perkara penting untuk dipertimbangkan sewaktu kehamilan adalah pengambilan makanan. Anda mungkin akan banyak terdengar yang anda perlu mengambil makanan untuk tumbesaran anak anda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa makanan yang anda perlu tahu untuk elakkan untuk mengelak sebarang komplikasi semasa kehamilan anda. Ketahui selanjutnya!

Apabila anda mempertimbangkan susu untuk ibu-ibu mengandung, anda juga perlu mempertimbangkan asal usul susu dan proses pembuatannya. Friso® Gold Mum menjalani proses pembuatan tunggal, ia mengekalkan nutrien semula jadi susu untuk memberikan anda apa yang anda perlukan untuk perjalanan kehamilan anda. Anda sekarang sudah sedar tentang kepentingan susu ibu mengandung, jom lihat apa yang ditawarkan oleh Friso® Gold Mum sekarang!

 

 

Rujukan

  1. C, T. (2017). Consuming Milk in Pregnancy – Types, Benefits & Tips. Retrieved 22 May 2022, from https://parenting.firstcry.com/articles/drinking-milk-during-pregnancy-is-it-good-for-you/
  2. Pregnant or Breastfeeding? Nutrients You Need (for Parents) - Nemours KidsHealth. (2020). Retrieved 22 May 2022, from https://kidshealth.org/en/parents/moms-nutrients.html
  3. Encyclopedia, M., & pregnancy, M. (2020). Managing your weight gain during pregnancy: MedlinePlus Medical Encyclopedia. Retrieved 22 May 2022, from https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000603.htm#:~:text=Most%20women%20should%20gain%20somewhere,gain%20depends%20on%20your%20situation.
  4. Denise HM Heppe, Rob M van Dam, Sten P Willemsen, Hanneke den Breeijen, Hein Raat, Albert Hofman, Eric AP Steegers, Vincent WV Jaddoe, Maternal milk consumption, fetal growth, and the risks of neonatal complications: the Generation R Study, The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 94, Issue 2, August 2011, Pages 501–509, https://doi.org/10.3945/ajcn.111.013854

 

 


 

A variety of recommended fruits to eat during pregnancy

Buah-buahan untuk Dimakan Semasa Hamil — Apa yang Baik dan Apa yang Perlu Dielakkan

Tertanya-tanya apakah makanan dan buah-buahan untuk dimakan semasa hamil? Anda perlu mempunyai diet yang sihat dan berkhasiat untuk memenuhi keperluan nutrisi tambahan oleh anak anda yang sedang membesar, tanpa makan berlebihan. Ketahui maklumat lanjut dengan kami.