Langkau ke kandungan utama

Terma Penggunaan

 

Sila baca terma penggunaan dengan teliti. Dengan menggunakan laman ini anda bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan oleh Friso® Gold.

Laman sesawang Friso® Gold Malaysia (frisogold.com.my) adalah dihasilkan oleh Dutch Lady Milk Industries Malaysia. Segala kandungan laman sesawang Friso® Gold Malaysia adalah berhak cipta dibawah undang-undang hak cipta. Pengguna boleh memuat turun bahan untuk kegunaan bukan komersial. Salinan, pengedaran semula, atau penerbitan mana-mana bahagian laman ini adalah dilarang.

 

Penyerahan

Dengan menyerahkan kandungan kepada laman sesawang Friso® Gold Malaysia, secara automatik anda telah memberikan Dutch Lady Milk Industries Malaysia, atau jaminan bahawa pemilik kandungan telah secara nyata memberikan Dutch Lady Milk Industries Malaysia, bebas royalti, berkekalan, tidak boleh ditarik balik, hak bukan eksklusif dan lesen untuk digunakan, penerbitan semula, ubah suai, adaptasi, penerbitan, terjemahan dan pengedaran kandungan (menyeluruh atau sebagaian) ke seluruh dunia dan/atau untuk gabungan dengan karya lain dalam mana-mana bentuk, media atau teknologi sekarang atau selepas dihasilkan untuk terma penuh sebarang hak cipta yang mungkin wujud di dalam kandungan tersebut. Anda menjamin bahawa anda memiliki bahan yang anda serahkan dan ia tidak melanggar mana-mana hak cipta milik lain. Anda juga membenarkan pihak lain untuk mengakses, melihat, menyimpan atau menerbit semula kandungan untuk kegunaan peribadi mereka. Tertakluk kepada pemberian ini, pemilik kandungan yang diletakkan dalam laman sesawang ini mengekalkan mana-mana dan semua hak yang mungkin wujud dalam kandungan tersebut. Dutch Lady Milk Industries Malaysia tidak akan mempunyai kewajipan untuk menggunakan bahan yang anda serahkan dan mengekalkan hak untuk tidak menggunakan bahan yang tidak menyenangkan. Dengan menyerahkan mana-mana bahan atau borang yang mengandungi nama anda, alamat dan/atau alamat emel, anda telah mengakui bahawa nama anda, alamat dan/atau alamat emel mungkin akan diletakkan ke dalam satu atau lebih senarai mel Dutch Lady Milk Industries Malaysia.

 

Ganti Rugi

Dengan ini anda bersetuju untuk menanggung rugi dan pegang-lepas Dutch Lady Milk Industries Malaysia (syarikat induknya dan ahli gabungannya, atau mana-mana pegawainya, pengarah-pengarah, pekerja-pekerja, ejen-ejen, wakil-wakil) daripada mana-mana dan kesemua liabiliti yang timbul dari jaminan bahan-bahan yang anda serahkan dan daripada penggunaannya.

 

Limitasi Liabiliti

Dutch Lady Milk Industries Malaysia tidak mewakili atau menjamin bahawa laman sesawang Friso® Gold Malaysia ini boleh diakses atau tersedia tepat pada masanya, atau akses ke laman sesawang ini tanpa gangguan atau bebas ralat. Laman sesawang ini telah diedarkan dalam asas "tersedia", tanpa apa-apa jaminan, sama ada ekspres atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan tajuk atau jaminan tersirat kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Dalam apa jua keadaan Dutch Lady Milk Industries Malaysia (syarikat induk dan ahli gabungannya, any mana-mana pegawai-pegawai, pengarah-pengarah, pekerja-pekerja, ejen-ejen, wakil-wakil, pembekal maklumat atau pemberi lesen) bertanggungjawab untuk sebarang ganti rugi langsung, tidak langsung, sampingan, khas, berbangkit, punitif atau lain-lain kerosakan (tanpa mengira bentuk tindakan). Dengan pengecualian syarikat-syarikat berkaitan Dutch Lady Milk Industries Malaysia dan produk-produk Dutch Lady Milk Industries Malaysia, Dutch Lady Milk Industries Malaysia tidak tergabung atau terlibat dengan penaja laman yang memaut ke atau dari laman sesawang Friso® Gold Malaysia ini dan tidak mengesahkan kandungan yang dipaparkan di laman lain.

 

Maklumat Tambahan

Kesemua produk-produk Dutch Lady Milk Industries, bahan-bahan dan maklumat yang muncul di dalam laman ini adalah ditujukan kepada pelanggan Malaysia. Untuk maklumat berkaitan dengan produk-produk dari negara lain, sila lihat laman sesawang spesifik untuk negara tersebut. Produk-produk spesifik Dutch Lady Milk Industries yang dtunjukkan di dalam laman sesawang ini mungkin tidak didapati untuk pengedaran atau penjualan di luar Malaysia.

Dutch Lady Milk Industries Malaysia mengesahkan tujuan World Health Organisation (WHO) International Code of Marketing of Breast-Milk Substitutes di negara-negara membangun, termasuk piawaian untuk keutuhan produk, penglabelan, pengedaran dan promosi. Berdasarkan Artikel 4.2 daripada WHO Code, pernyataan berikut dikenakan:

Penyusuan badan adalah terbaik untuk bayi dan lebih diutamakan apabila boleh. Penyusuan badan adalah penting untuk kesihatan, nutrisi dan langkah-langkah sosial yang diperlukan untuk menggalakkan kesihatan, tumbesaran dan perkembangan bayi-bayi dan kanak-kanak. Jika seorang ibu memilih untuk memberikan susu formula kepada bayinya, pembalikan keputusannya mungkin sukar. Pemakanan separa dengan susu formula mungkin meninggalkan kesan negatif kepada penyusuan badan. Penggunaan pengganti susu badan yang tidak sesuai mungkin akan menjurus kepada malnutrisi bayi, penyakit yang serius dan juga kematian dalam semua negara-negara. Penyalahgunaan pengganti susu badan menimbulkan bahaya kesihatan, jadi, baca dan ikuti arahan penyediaan dan penyimpaan dengan teliti. Penyusuan badan melibatkan keperluan nutrisi tambahan untuk ibu-ibu menyusu. Ianya penting, jadi, bahawa ibu yang menyusu mempunyai diet yang mencukupi untuk memastikan kuantiti dan kualiti susunya mencukupi untuk bayinya. Formula, apabila digunakan dengan tepat, menyediakan gantian nutrisi yang mencukupi atau suplemen kepada susu badan, tetapi lebih mahal. Apabila anda membuat keputusan untuk anak anda, nasihat daripada pakar perlu diikuti dan kos formula perlu dipertimbangkan.

Nama-nama produk Dutch Lady Milk Industries yang tertera di dalam laman ini ialah tanda dagangan Dutch Lady Milk Industries Malaysia (atau pemberi lesen jika dinyatakan).

 

Terma Penggunaan Friso Gold Club

Dutch Lady Milk Industries Malaysia, pembekal perkhidmatan rasmi, menyediakan laman sesawang Friso® Gold Malaysia sebagai infrastruktur dalam talian untuk para ibu bapa untuk menukar fikiran, pandangan, maklumat dan pendapat-pendapat. Infrastruktur yang disediakan adalah laman sesawang yang dikenali sebagai www.gut.friso.com.my.

Penggunaan atau akses ke laman sesawang Friso® Gold Malaysia disifatkan sebagai penerimaan terma dan syarat berikut

Kandungannya

Kandungan laman sesawang Friso® Gold Malaysia yang disiarkan oleh ahli adalah pandangan dan pendapat ahli individu dan tidak mewakili pandangan, pendapat mahupun pendirian pembekal perkhidmatan. Pembekal perkhidmatan hanyalah memberikan laman sesawang Friso® Gold Malaysia sebagai infrastruktur untuk perbincangan awam dan tidak mewakili ketepatan dan kesesuaian maklumat atau pendapat yang diperkatakan atau dikongsi di dalam forum tersebut.

Pengguna laman sesawang Friso® Gold Malaysia mengakui bahawa maklumat yang diperkatakan atau dikongsi di dalam forum tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat pakar yang sewajarnya. Pengguna hendaklah berhati-hati apabila menggunakan maklumat tersebut, dan harus sentiasa berunding dan mendapatkan nasihat pakar yang berkelayakan sebelum bertindak ke atas mana-mana maklumat.

Pembekal perkhidmatan tidak menerima mana-mana tanggungjawab terhadap maklumat atau pandangan yang dikemukakan di dalam laman sesawang Friso® Gold Malaysia. Pembekal perkhidmatan tidak membuat jaminan ekspres atau tersirat untuk kualiti, skop, ketepatan atau kesahan maklumat, pandangan atau pendapat yang diberikan termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan Internet, perkaitan komunikasi dan fail-fail untuk dimuat turun. Pembekal perkhidmatan selanjutnya tidak boleh dan tidak akan menjamin kandungan, pautan dalam talian, fail-fail dan fungsi akan bebas daripada jangkitan virus dan lain-lain sifat pencemaran atau kerosakan.

Etika Dalam Talian

Apabila menggunakan laman sesawang Friso® Gold Malaysia, pengguna bersetuju untuk berkelakuan sewajarnya dan bertanggungjawab, memberikan penghormatan yang sewajarnya dan tanpa bersikap kasar terhadap pengguna lain atau menyiarkan komen-komen yang menyinggung perasaan. Pembekal perkhidmatan mempunyai hak untuk membatalkan mana-mana akaun pengguna dan/atau keluarkan secara kekal mana-mana pengguna yang tidak mematuhi mana-mana syarat penggunaan disini, dari laman sesawang Friso® Gold Malaysia.

 

Hak Editorial

Dutch Lady Milk Industries Malaysia, mengikut budi bicaranya sendiri, mempunyai hak untuk menyunting atau mengeluarkan keseluruhan penyiaran tanpa pemberitahuan atau penerangan terlebih dahulu.

 

Hak dan Hak Cipta Harta Intelek

Pembekal perkhidmatan mengekalkan kesemua hak milik kepada harta intelek terkandung di dalam laman sesawang Friso® Gold Malaysia, dan memilik hak cipta kandungan di dalamnya.

Disclaimer

Pengguna bersetuju bahawa manakala kesemua penjagaan munasabah telah diambil untuk menyediakan dan menyelengara laman sesawang Friso® Gold Malaysia, pembekal perkhidmatan menafikan tanggungjawab untuk kandungan tentang atau maklumat yang diberikan oleh pengguna ke laman sesawang Friso® Gold Malaysia. Pembekal perkhidmatan tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kerosakan langsung, tidak langsung, kebetulan, berbangkit atau punitif yang timbul daripada akses kepada, bergantung kepada, tindakan disebabkan, atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman sesawang Friso® Gold Malaysia, atau sebarang ketidaktepatan, salah nyata, kesilapan atau peninggalan dalam kandungannya.

Tiada ahli, pengguna atau pihak ketiga yang berkuasa untuk membuat apa-apa kenyataan, pendapat atau sumbangan bagi pihak pembekal perkhidmatan.

Pembekal perkhidmatan mempunyai hak untuk menyemak dan mengubah suai syarat-syarat penggunaan ini dari masa ke masa, tanpa notis bertulis terlebih dahulu.

Pengguna dianggap mempersetujui syarat-syarat penggunaan dan kesemua semakan dan pengubahsuaian kepadanya, jika ada, selepas akses berterusan atau penggunaan laman sesawang Friso® Gold Malaysia.