Langkau ke kandungan utama
Toddler eating a cookie

Punca anak kurang berselera dan makanan untuk tingkatkan selera

Anak enggan makan? Terokai punca anak tak nak makan & cara mengatasinya, termasuk vitamin and susu untuk tambah selera makan kanak-kanak. Baca selanjutnya.

Punca anak kurang berselera

Kurang selera makan dalam kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Satu punca biasa adalah penyakit. Apabila kanak-kanak sakit, mereka sering mengalami penurunan selera makan kerana badan mereka memberi tumpuan kepada melawan jangkitan1. Faktor lain yang boleh menyumbang kepada kekurangan selera makan ialah ketidakstabilan emosi. Kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi, seperti perubahan dalam persekitaran atau dinamik keluarga mereka, mungkin hilang minat untuk makan1.

Selain itu, ubat-ubatan tertentu boleh menyekat selera makan sebagai kesan sampingan. Jika kanak-kanak mengambil ubat untuk keadaan tertentu, kemungkinan selera makan mereka mungkin terjejas1. Malah snek yang berlebihan juga boleh menyebabkan penurunan keinginan untuk makan biasa. Mengambil terlalu banyak makanan ringan sepanjang hari boleh mengurangkan rasa lapar untuk hidangan penting, mengakibatkan selera makan berkurangan1. Ia adalah penting bagi ibu bapa dan penjaga untuk mengenal pasti punca asas anak anda tidak mahu makan dan mendapatkan sokongan yang sewajarnya jika perlu.
 

Makanan untuk meningkatkan selera makan anak anda

Berikut merupakan makanan yang mampu meningkatkan selera makan anak anda. Antara makanan tersebut adalah:

  • Makanan dalam saiz hidangan yang lebih kecil tetapi boleh diberikan dengan lebih kerap (lebih daripada 3 kali sehari).i2
  • Makanan yang kaya dengan nutrien dan vitamin seperti zink dan vitamin B1 untuk tambah selera makan kanak-kanak2
  • Makanan dengan lemak sihat seperti avocado, salmon dan lain lain
  • Smoothie seperti jus buah yang dicampur dengan susu untuk tambah selera makan bagi anak anda yang tidak mahu makan
  • Snek yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran yang dipotong kecil dan lain lain2
     

Faedah selera makan yang sihat pada kanak-kanak

Ia amat penting untuk anak anda belajar tabiat pemakanan sihat dan mendapat selera makan yang sihat. Antara kebaikan selera makan yang sihat3:

  • Pertumbuhan dan perkembangan yang betul
  • Tenaga dan tahap aktiviti yang lebih baik
  • Sistem imun yang lebih kuat
  • Hubungan positif dengan makanan
  • Mood yang seimbang
     

Susu Formula - Friso® Gold 3

Friso® Gold 3 adalah susu formula yang dihasilkan untuk kebaikan kanak-kanak kecil yang berumur antara 1 hingga 3 tahun dengan nutrien Mudah Dihadam supaya mereka boleh menjadi kuat dari dalam untuk mengalami kehidupan yang terbaik dan sepenuhnya bersama anda. 

DHA, AA, Omega 3&6 - DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum4. AA diiktiraf kerana peranan utamanya untuk kesihatan optimum, kognisi dan perkembangan semasa kanak-kanak5. Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk perkembangan otak, sistem saraf, organ deria dan kecerdasan6.

Kalsium, Protein, Vitamin & Mineral - Pertumbuhan otot dan tulang. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi. Protein adalah penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan badan anak anda7. Vitamin dan mineral adalah penting untuk pertumbuhan dan metabolisme8 lalu tambah selera makan kanak-kanak.

GOS, Nukleotida & Bifido Lactis - Membantu menyerap nutrien-nutrien utama & membina sistem imun yang kuat. GOS ialah prebiotik yang boleh membantu masalah sembelit dan banyak lagi9. Nukleotida boleh menggalakkan pertumbuhan gastrousus dan imunologi yang sihat pada kanak-kanak kecil10. Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta kematangan imun dan usus11.
 

SusuFormula - Friso® Gold 4

Friso® Gold 4 diformulasikan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dan mengandungi pilihan sokongan nutrisi yang tepat melalui susu tepungnya dan juga baik untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit iaitu:

DHA, AA, Omega 3&6 - Untuk merangsang proses pembelajaran. DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum4. AA diiktiraf kerana peranan utamanya untuk kesihatan optimum, kognisi dan perkembangan semasa kanak-kanak5. Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk perkembangan normal otak, sistem saraf, organ deria dan kecerdasan6.

Kalsium, Protein, Zat Besi, Kuprum, Vitamin A dan K1 - Nutrien-nutrien ini menyokong pertumbuhan otot dan tulang kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, serta meningkatkan kesihatan penglihatan mereka. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi. Protein adalah penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan badan anak anda7. Apabila kuprum digabungkan dengan zat besi, ia membolehkan badan membina sel darah merah serta mengekalkan tulang, saluran darah, saraf, dan sistem imun yang sihat12. Vitamin A meningkatkan penglihatan dan fungsi imun13. Vitamin K1 membantu menghasilkan protein lain dalam badan yang penting untuk kesihatan darah, tulang dan buah pinggang serta boleh didapati dalam sayur-sayuran hijau berdaun gelap14.

GOS, Nukleotida & Bifido Lactis - Membantu menyerap nutrien-nutrien utama & membina sistem imun yang kuat. GOS ialah prebiotik yang boleh membantu masalah sembelit dan banyak lagi9. Nukleotida boleh menggalakkan pertumbuhan gastrousus dan imunologi yang sihat pada kanak-kanak kecil10. Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta kematangan imun dan usus11.
 

Teknologi LocNutri™: Penghadaman Mudah supaya Lebih Kuat Dari Dalam

Cubalah Friso® Gold Step 3 iaitu, susu formula yang dihasilkan untuk kebaikan anak kecil yang berumur antara 1 hingga 3 tahun, dan Friso® Gold Step 4 untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas.  Dihasilkan daripada susu istimewa NOVASTM dan diproses sekali sahaja dengan Teknologi LocNutri™ untuk mengekalkan nutrien maksimum, Friso® Gold menggabungkan kebaikan alam semula jadi dengan sains untuk membawa kepada anda susu yang mudah dihadam dengan lebih daripada 50 nutrien-nutrien penting untuk membantu anak anda membesar lebih kuat dari dalam.​ Ia amat penting untuk anak anda mempunyai penghadaman yang baik bukan sahaja untuk keselesaan mereka tetapi juga untuk mengelakkan komplikasi pada masa depan mereka. Anda boleh mendapatkan sampel: Cuba pek percubaan 1 hari percuma atau diskaun 50% untuk pek percubaan 6 hari.

Kami harap bahawa artikel ini berjaya memaklumkan anda tentang makanan berkhasiat dan sihat untuk otak kanak-kanak yang pintar dan badan yang kuat supaya anda boleh mengalami lebih banyak bersama anak anda dan mencipta kenangan indah bersama. Formula Friso® Gold mengekalkan nutrien semulajadi susu untuk tambah selera makan anak lalu memberikan si manja anda apa yang mereka perlukan untuk perkembangan. Ketahui lebih lanjut hari ini!

 

Rujukan

  1. https://parenting.firstcry.com/articles/how-to-increase-appetite-in-kids-10-effective-ways/ 
  2. https://www.weekand.com/healthy-living/article/benefits-eating-healthy-foods-child-18003504.php 
  3. Kuratko, C. N., Barrett, E. C., Nelson, E. B., & Salem, N., Jr (2013). The relationship of docosahexaenoic acid (DHA) with learning and behavior in healthy children: a review. Nutrients, 5(7), 2777–2810. https://doi.org/10.3390/nu5072777
  4. Salas Lorenzo, I., Chisaguano Tonato, A. M., de la Garza Puentes, A., Nieto, A., Herrmann, F., Dieguez, E., Castellote, A. I., López-Sabater, M. C., Rodríguez-Palmero, M., & Campoy, C. (2019). The Effect of an Infant Formula Supplemented with AA and DHA on Fatty Acid Levels of Infants with Different FADS Genotypes: The COGNIS Study. Nutrients, 11(3), 602. https://doi.org/10.3390/nu11030602 
  5. https://organicsbestshop.com/blogs/organicsbestclub/why-omega-3-omega-6-is-important-for-babies#:~:text=Omega%203%20and%206%20fatty,the%20first%20months%20after%20birth
  6. https://www.srnutrition.co.uk/2020/07/the-importance-of-protein-for-childrens-growth/#:~:text=Protein%20is%20essential%20for%20your,vitamin%20D%2C%20calcium%20and%20selenium 
  7. Singh, Harinder & Marjina, & Singh, Amandeep & Sharma, Deepak & Singh, Gurmeet. (2020). Role of Mineral and Vitamin for Infant, Toddler and Pregnant Women. 19. 107-115.  
  8. Fanaro S, Boehm G, Garssen J, Knol J, Mosca F, Stahl B, Vigi V. Galacto-oligosaccharides and long-chain fructo-oligosaccharides as prebiotics in infant formulas: a review. Acta Paediatr Suppl. 2005 Oct;94(449):22-6. doi: 10.1111/j.1651-2227.2005.tb02150.x. PMID: 16214761.  
  9. https://www.einmilk.com/benefits-of-nucleotides-for-babies-and-toddlers/  
  10. Baglatzi, L., Gavrili, S., Stamouli, K., Zachaki, S., Favre, L., Pecquet, S., Benyacoub, J., & Costalos, C. (2016). Effect of Infant Formula Containing a Low Dose of the Probiotic Bifidobacterium lactis CNCM I-3446 on Immune and Gut Functions in C-Section Delivered Babies: A Pilot Study. Clinical medicine insights. Pediatrics, 10, 11–19. https://doi.org/10.4137/CMPed.S33096  
  11. https://www.medicalnewstoday.com/articles/288165 
  12. Patwal, S. (2022, September 14). Vitamin A for kids: Right dosage, benefits & side effects. MomJunction. Retrieved October 11, 2022, from
  13. https://thenourishedchild.com/vitamin-k-kids/

Hospital bag checklist for pregnant moms

"Checklist" barang-barang persediaan sebelum bersalin

Bagi kebanyakan bakal ibu bapa kali pertama, masa menunggu untuk bersalin mungkin merupakan salah satu detik paling tertekan dalam hidup mereka. Duduk, berehat, dan bersedia untuk beberapa hari akan datang dengan mengemas barang persediaan bersalin yang diperlukan untuk anda, pasangan anda dan anak anda.