Langkau ke kandungan utama
Which food to avoid during pregnancy

Makanan yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

Panduan ini adalah ringkasan makanan yang anda harus berwaspada supaya tidak makan ketika hamil. Ia adalah cadangan yang baik untuk berunding dengan doktor pilihan anda untuk mendapatkan nasihat perubatan jika anda tidak pasti tentang apa yang anda makan, telah makan, atau ingin terus makan sepanjang kehamilan anda. Kehamilan ini mendatangkan tanggungjawab baru kepada anak anda dan diri anda sendiri. Terdapat beberapa pelarasan diet yang perlu anda lakukan untuk manfaat imuniti dan pertumbuhan anak anda, terutamanya semasa trimester pertama anda.

Pemakanan yang Betul Semasa Hamil

Makanan yang anda makan sebelum kehamilan mungkin tidak mencukupi apabila anak anda sedang membesar. Dengan diet yang sihat, anda harus menambah berat 7kg hingga 18kg semasa mengandung9. Jika anda mengandung anak kembar, anda boleh menambah 16kg hingga 20kg9. Berat tambahan ini termasuk anak anda yang sedang membesar, plasenta, cecair amniotik, rahim yang mengembang, tisu payudara ibu, darah ibu, cecair lain dalam tisu ibu, lemak ibu dan simpanan nutrien-nutrien9.

Anak anda hanya akan membentuk sebahagian kecil daripada jisim tambahan yang diperlukan untuk menyokong mereka di dalam rahim dan seterusnya. Anda memerlukan lebihan protein, kalori dan nutrien-nutrien lain untuk memastikan perkembangan janin yang sihat dan untuk mengekalkan kesejahteraan anda sendiri apabila badan anda berubah.

 

Apa yang Perlu Dimakan Semasa Trimester Pertama

Adalah penting untuk menyesuaikan diet anda pada awal kehamilan untuk membantu anak anda membina sistem imun yang kuat. Berikut adalah beberapa makanan yang disyorkan untuk trimester pertama.

i. Tukar karbohidrat ringkas kepada karbohidrat kompleks yang kaya dengan nutrien.

Karbohidrat olahan seperti roti putih dan nasi putih diproses dan dilucutkan sebahagian besar nutrien-nutrien, serat, vitamin-vitamin dan mineral-mineral semula jadinya. Apabila anda mengetahui bahawa anda hamil, anda harus menukar beberapa makanan harian ini dengan roti berserat tinggi, kekacang kering, kacang polong atau kentang yang dibakar atau dikukus dalam kulitnya. Makanan ini adalah sumber karbohidrat kompleks yang menyediakan lebih banyak nutrisi dan mengurangkan perubahan paras gula dalam darah yang tidak baik. Ini menjadikannya pilihan utama untuk dimakan semasa kehamilan.

ii. Tingkatkan pengambilan asid folik anda.

Juga dikenali sebagai Vitamin B9, asid folik membantu anda menghasilkan sel darah merah baharu untuk menyokong anda semasa mengandung dan kelahiran. Ia juga membantu anak anda membina sistem saraf pusat yang sihat10. Pengambilan asid folik yang rendah semasa hamil boleh menyebabkan kecacatan tiub neural pada otak, tulang belakang atau saraf tunjang yang boleh mengakibatkan kelumpuhan semasa lahir11. Asid folik semulajadi boleh didapati dalam makanan popular bagi mereka yang berada dalam trimester pertama seperti sayur-sayuran berdaun gelap seperti bayam, kangkung, salad romaine dan sayur kolard11. Anda boleh berbincang dengan doktor anda untuk tablet asid folik tambahan jika anda bimbang tentang kecacatan tengkorak dan tulang belakang11.

iii. Tambahan dengan Omega-3 dan DHA

Nutrien-nutrien yang paling kerap disebut-sebutkan bagi kehamilan yang sihat. Nutrien-nutrien ini adalah bahan penting untuk pembinaan otak, sistem saraf dan mata anak anda. Tambahkan lebih banyak memakan ikan laut dalaman yang telah dimasak sepenuhnya seperti herring, sardin, tuna dan makarel mengandungi asid lemak Omega-3 yang tinggi secara semula jadi.

iv. Ambil suplemen kehamilan anda

Ya, suplemen juga merupakan sebahagian daripada pemakanan atau pelan diet yang anda perlu semasa kehamilan. Pakar penjagaan kesihatan anda mungkin mencadangkan pengambilan pil untuk meningkatkan Vitamin A, B Kompleks, C, D, kalsium dan zat besi badan anda sepanjang tempoh kehamilan anda. Ambil suplemen ini dengan air, kerana ia akan membantu badan anda menyerap nutrien-nutrien yang sangat diperlukan dengan berkesan.

 

Makanan dan Minuman yang Perlu Dielakkan Semasa Mengandung

Berikut adalah senarai panjang makanan dan minuman yang perlu dielakkan dari awal kehamilan anda. Ia mungkin menyusahkan, tetapi ini adalah pengorbanan yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda dan anak anda kekal sihat dan berkembang dengan sebaik mungkin.

i. Ambil kafein, tetapi jangan terlalu banyak.

Berita baiknya ialah kafein selamat untuk wanita hamil dan anda boleh minum kopi pada bila-bila masa sepanjang hari. Walau bagaimanapun, anda harus mengelak daripada mengambil lebih daripada 200mg kafein—dua cawan teh atau kopi segera, atau satu cawan kopi filter. Terlalu banyak kopi boleh mengakibatkan anak anda kurang berat badan semasa lahir, mempunyai degupan jantung dan kadar pernafasan yang lebih cepat, dan juga mengalami kesukaran tidur.

ii. Jangan mengambil alkohol.

Mendahului senarai apa yang tidak boleh dimakan semasa mengandung adalah alkohol, kerana ia adalah toksin yang melambatkan sistem saraf kita. Wanita yang kerap minum alkohol selalunya mempunyai kelahiran anak yang tidak cukup berat, kecacatan, masalah pembelajaran atau masalah sosial. Alkohol juga meningkatkan risiko keguguran, kelahiran pramatang, dan gangguan spektrum alkohol janin (FASD). Tidak jelas dengan tepat berapa banyak alkohol yang diperlukan untuk menyebabkan masalah perkembangan janin, jadi adalah tidak digalakkan untuk wanita hamil meminum sebarang jumlah alkohol semasa hamil.

iii. Elakkan makanan mentah.

Bercakap tentang makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung, makanan mentah pastinya juga berada di atas senarai. Mana-mana ikan mentah atau kurang masak, kerang, daging dan telur harus dielakkan. Ini bermakna anda perlu mengelakkan hidangan sushi yang mengandungi ikan mentah, telur separuh masak dan stik sederhana masak. Kerang mentah, daging mentah dan telur mentah mungkin mengandungi pelbagai jenis bakteria dan parasit berbahaya yang menyebabkan anda berisiko dijangkiti salmonella atau toksoplasmosis, yang kedua-duanya dikaitkan dengan keguguran, kelahiran mati dan masalah kesihatan serius lain dalam janin yang sedang berkembang.

Potensi pencemaran najis semasa pertumbuhan dan penuaian bermakna sayur-sayuran dan tepung yang belum dimasak penuh juga boleh mendatangkan risiko salmonella. Sentiasa pilih untuk memakan makanan dan sayur-sayuran yang telah dimasak sepenuhnya. Pastikan sayur dibasuh untuk salad anda.

iv. Elakkan keju berkulat dengan kulitnya.

Keju lembut dengan kulit kurang berasid dan mengandungi kelembapan yang tinggi tahapnya berbanding keju keras. Akibatnya, keju lembut berkemungkinan sesuai untuk bakteria berbahaya berkembang. Sama ada ia diperbuat daripada susu dipasteur atau tidak dipasteur, keju seperti brie, blue brie, camembert dan taleggio boleh mengandungi bakteria listeria dan tidak harus dimakan semasa mengandung. Listeria boleh menyebabkan listeriosis, keguguran dan kelahiran mati. Sesetengah keju lembut dipasteur selamat untuk dimakan—selagi ia diperbuat daripada susu dipasteur dan tidak mempunyai kulit.

v. Berhati-hati dengan ikan dalam tin dan ikan besar.

Makanan laut tertentu harus dielakkan pada semua kos semasa kehamilan, seperti jerung, ikan todak, king mackerel, tilefish dan tuna besar yang mungkin mengandungi paras merkuri yang tinggi. Merkuri meningkatkan risiko kecacatan kelahiran pada otak dan sistem saraf. Sebagai peraturan, semakin besar dan lebih lama hidup ikan, semakin banyak merkuri yang mungkin terkandung di dalamnya. Oleh itu, tuna dalam tin ringan yang diperbuat daripada baka ikan yang lebih kecil adalah selamat untuk dimakan berbanding stik tuna keseluruhan yang dihiris daripada ikan yang lebih besar.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tuna putih dalam tin yang diperbuat daripada albacore didapati mengandungi tiga kali ganda paras merkuri daripada tuna "canned light" yang lebih selamat yang dibuat daripada tuna "skipjack" yang lebih kecil.

vi. Kurangkan pengambilan makanan segera dan makanan yang kaya dengan lemak.

Dua lagi dalam senarai apa yang tidak boleh dimakan semasa mengandung ialah makanan segera dan makanan kaya lemak. Sistem penghadaman anda akan menjadi lebih perlahan semasa hamil. Makanan berat seperti nasi lemak, roti canai, atau makanan yang kaya dengan coklat dan keju boleh menyebabkan senak, kembung perut, refluks asid dan gastritis.

vii. Elakkan makan produk herba, ubat alopati, pati ikan haruan, gamat, atau suplemen yang mengandungi spirulina (alga biru-hijau).

Banyak herba dan teh herba masih belum terbukti selamat untuk kehamilan dan kelahiran. Terdapat bukti anekdot bahawa sesetengah ubat herba boleh menyebabkan pendarahan yang berlebihan semasa bersalin atau menyebabkan keloid teruk terbentuk. Untuk keselamatan, adalah lebih baik untuk mengelakkan remedi orang kampuing melainkan profesional kesihatan bertauliah yang mencadangkan pengambilan tersebut.

Akhir sekali, jangan melangkau waktu makan. Mana-mana diet yang memerlukan puasa berselang harus ditangguhkan apabila anda hamil. Makanlah apa-apa makanan yang mungkin anda mengidam seperti ais krim, biskut dan lain-lain—dengan syarat ianya sederhana dan bukan salah satu makanan tersenarai yang harus anda elakkan. Mungkin ada hari di mana badan anda hanya boleh makan kentang atau pasta yang berkanji dan berkarbohidrat. Ia adalah lebih penting untuk memastikan diri anda kenyang. Seperti yang dinyatakan, simptom kehamilan seperti mual pagi boleh menghalang pemakanan tiga kali penuh sehari. Anda boleh membahagikan makanan biasa anda kepada bahagian yang lebih kecil untuk dimakan pada beberapa waktu rehat makanan sepanjang hari Anda boleh memakan snek yang sihat seperti buah-buahan dan kacang. Ia mungkin memerlukan sedikit perancangan untuk memastikan tiada makanan ditinggalkan. Usaha anda berbaloi dalam jangka masa panjang. Sekarang anda mempunyai pandangan penuh tentang apa yang tidak boleh dimakan semasa kehamilan, berikut adalah satu lagi perkara penting yang perlu diketahui: kepentingan susu ibu mengandung!

 

Kepentingan pengambilan susu untuk ibu semasa mengandung

Dirumus khas untuk wanita hamil, susu untuk ibu mengandung mempunyai manfaat yang mencukupi untuk ibu dan janin yang sedang membesar. Bermula daripada penambahbaikan kualiti hidup kepada faedah pemakanan, berikut adalah sebab mengapa susu ibu mengandung mesti diambil semasa anda hamil:

i. Ia menambah asid folik kepada ibu

Susu ibu mengandung secara langsung menyumbang kepada pengambilan asid folik ibu, yang seterusnya membantu pertumbuhan janin.

ii. Ia mengandungi kalsium dan membantu menjana sel darah merah

Semasa mengandung, jumlah darah dalam badan anda meningkat sebanyak 20% hingga 30%1. Ini bermakna badan anda memerlukan lebih banyak sel darah merah untuk menggantikannya. Susu ibu mengandung membantu badan menjana lebih banyak sel darah merah untuk mengatasi hal ini kerana ia mengandungi asid folik. Sementara itu, kandungan kalsiumnya juga menggalakkan perkembangan gigi dan tulang janin2.

iii. Ia mengurangkan risiko kehilangan nutrisi dan penyakit

Susu ibu mengandung sebenarnya membantu mengurangkan kemungkinan kehilangan nutrien-nutrien yang disebabkan oleh mual pagi atau muntah yang biasa berlaku pada wanita hamil. Selain itu, ia juga mengurangkan risiko multiple sclerosis, riket neonatal dan osteoporosis2.

iv. Ia menggalakkan penambahan berat badan yang sihat

Pengambilan susu ibu mengandung secara langsung menyumbang kepada penambahan berat badan yang sihat. Terdapat banyak penekanan untuk mengamalkan diet kaya nutrien semasa hamil, dan susu adalah bahagian penting dalam diet kaya nutrien3.

 

Friso® Gold Mum – Alternatif Susu Formula Kami Semasa Kehamilan Anda

Untuk menangani keperluan khusus bakal ibu, susu ibu mengandung sering disyorkan kerana ia membantu mengimbangi keperluan pemakanan anda dan anak anda dengan selamat. Kami telah merumuskan Friso® Gold Mum dengan mengutamakan ibu dan anak, dan formula Dual Care+ yang unik menyokong anda dalam perjalanan kehamilan anda. Beberapa nutrien-nutrien penting yang diberikan oleh Friso® Gold Mum kepada anda termasuk:

Vitamin B12 - Diperlukan untuk penghasilan sel darah merah dan fungsi sistem saraf yang sihat6.

Asid Folik - Asid folik penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel. Folat memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah. Folat membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin7.

Iodin - Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak8.

Vitamin D - Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus4.

Kalsium - Membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi5.

Indeks glisemik rendah - Indeks glisemik (GI) ialah sistem penarafan untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah anda apabila dimakan sendiri. Indeks glisemik (GI) yang rendah boleh membantu ibu mengelakkan berat badan berlebihan semasa mengandung.

Apabila anda mempertimbangkan susu tepung ibu mengandung, sebaiknya pertimbangkan asal-usul susu, proses pembuatan, kandungan nutrien serta membantu anda mengawal penambahan berat badan semasa kehamilan. Friso® Gold Mum mengekalkan nutrien semula jadi susu untuk memberikan anda apa yang anda perlukan semasa kehamilan anda. Anda sekarang sudah sedar tentang kepentingan susu ibu mengandung, lihat apa yang ditawarkan oleh Friso® Gold Mum sekarang!

 

References

  1. Anemia during pregnancy: Symptoms, risks & prevention. Cleveland Clinic. (n.d.). Retrieved December 15, 2022, from https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/23112-anemia-during-pregnancy#:~:text=Throughout%20pregnancy%2C%20the%20amount%20of,Pregnant%20with%20multiples
  2. C, T. (2017). Consuming Milk in Pregnancy – Types, Benefits & Tips. Retrieved 22 May 2022, from https://parenting.firstcry.com/articles/drinking-milk-during-pregnancy-is-it-good-for-you/
  3. Encyclopedia, M., & pregnancy, M. (2020). Managing your weight gain during pregnancy: MedlinePlus Medical Encyclopedia. Retrieved 22 May 2022, from https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000603.htm#:~:text=Most%20women%20should%20gain%20somewhere,gain%20depends%20on%20your%20situation.
  4. Vitamin D. (2022). Retrieved 14 June 2022, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-d/ 
  5. Calcium. (2022). Retrieved 14 June 2022, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/calcium/ 
  6. B Vitamins. (2022). Retrieved 14 June 2022, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamins/vitamin-b/
  7. https://www.nhs.uk/pregnancy/keeping-well/vitamins-supplements-and-nutrition/#:~:text=Folic%20acid%20before%20and%20during,tube%20defects%2C%20including%20spina%20bifida.
  8. https://www.health.nsw.gov.au/kidsfamilies/MCFhealth/maternity/Pages/iodine-supplements-factsheet.aspx#:~:text=How%20much%20iodine%20do%20pregnant,micrograms%20per%20day%20when%20breastfeeding. 
  9. https://www.frisogold.com.my/guides/weight-gain-during-pregnancy-tips-malaysian-mums 
  10. https://www.frisogold.com.my/guides/do-pregnant-mums-need-maternal-milksusu 
  11. https://www.cdc.gov/ncbddd/folicacid/features/folic-acid-helps-prevent-some-birth-defects.html 

pregnant_woman

Tanda-tanda awal kehamilan (bulan 1 - 3) yang anda perlu tahu

Perubahan fizikal dan emosi yang dialami wanita hamil pada trimester pertama berkemungkinan besar adalah tanda kehamilan normal. Untuk tidak salah tafsir sebagai masalah kesihatan, ibu hamil perlu tahu apakah tanda-tanda awal dan simptom kehamilan normal pada bulan 1 hingga bulan 3, iaitu, trimester pertama.