Langkau ke kandungan utama
portrait-young-adult-asian-pregnant-woman-touching-her-belly-with-love-home Large.jpeg

Petua Hilangkan Kulit Gatal Semasa Mengandung

Kehamilan sepatutnya adalah masa yang menggembirakan, tetapi bagi sesetengah ibu, kulit gatal boleh mengganggu kebahagiaan mereka. Ketahui petua-petua untuk hilangkan kulit gatal ketika mengandung supaya anda boleh menikmati sepenuhnya perjalanan keibuan anda sekarang!

Apakah punca kulit gatal semasa hamil? 

Kegatalan kulit adalah aduan biasa semasa mengandung. Walaupun ia biasanya tidak berbahaya, kegatalan yang berterusan boleh mengganggu tidur, gaya hidup dan keselesaan anda secara am. Berikut adalah beberapa punca kebiasaan kulit anda gatal semasa mengandung:

  • Perubahan Hormon

    Hormon kehamilan boleh menjejaskan kulit, contohnya perubahan hormon boleh meningkatkan sensitiviti dan menyebabkan kekeringan di bahagian kulit.1 Kekeringan ini boleh menyebabkan kegatalan. 

  • Regangan Kulit

    Apabila badan anda makin membesar untuk menampung tumbesaran janin, kulit anda juga akan meregang.1 Regangan ini boleh menyebabkan kegatalan. 

  • Ekzema Atopik Ketika Hamil

    Ekzema adalah dermatitis kehamilan yang paling biasa, menyumbang antara satu pertiga daripada semua kes kegatalan kulit semasa mengandung.2 Ekzema atopik muncul sebagai ruam gatal yang berlaku semasa kehamilan.3,4 Ia mampu memberi kesan kepada wanita yang mempunyai sejarah ekzema atau alahan. Keadaan ini tidak menimbulkan sebarang risiko kepada ibu dan anak.

Perlukah anda menghubungi doktor anda tentang kulit gatal anda? 

Mengalami gatal-gatal kulit semasa anda tidak hamil bukanlah satu isu, namun adalah disyorkan untuk memberitahu doktor tentang kegatalan kulit anda jika anda mula mengalami isu-isu berikut ketika hamil:

  1. Mengalami kegatalan pada bahagian badan anda yang tidak mengalami kulit kering/sensitif 
     
  2. Gatal di seluruh badan 
     
  3. Mempunyai ruam gatal pada perut anda (terutamanya pada trimester ketiga) 
     
  4. Kegatalan ringan atau perengsaan yang menjadi lebih teruk pada waktu malam 
     
  5. Kegatalan yang mampu menjadi lebih teruk pada tapak tangan dan tapak kaki anda

Simptom-simptom yang dinyatakan di atas tidak boleh diambil remeh kerana ia mungkin merupakan tanda amaran kepada keadaan yang dipanggil Kolestasis Obstetrik (OC), Kolestasis kehamilan atau kolestasis kehamilan intrahepatik.5 Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia mampu menyebabkan kelahiran pra-matang, masalah paru-paru terhadap ibu dan dalam kes paling teruk, boleh membawa maut kepada anak dalam kandungan.5

Bagaimanakah anda boleh melegakan kulit yang gatal semasa mengandung? 

Terdapat pelbagai petua untuk hilangkan kulit gatal ketika mengandung yang tidak menggunakan ubat-ubatan, berikut merupakan beberapa petua tersebut:

  • Gunakan losyen, pelembap kulit (moisturiser) atau minyak yang selamat untuk wanita mengandung seperti minyak Vitamin E, minyak kelapa, minyak mentega koko, mentega sayur (mentega shea) dan minyak argan.5,6 
     
  • Pakai pakaian yang longgar dan elakkan fabrik sintetik. Pilih fabrik semula jadi yang membolehkan kulit anda bernafas.4 
     
  • Elakkan menggunakan produk yang mengandungi alkohol atau pewangi buatan seperti sabun wangi, minyak wangi ataupun detergen pakaian yang mengandungi pewangi buatan.4 
     
  • Elakkan mandi menggunakan air panas atau berendam dalam air terlalu lama.4,6 
     
  • Gunakan pelembap udara (humidifier) di dalam bilik tidur anda. 
     
  • Gunakan kompres atau tuaman sejuk pada kawasan kulit yang gatal.6 
     
  • Elakkan atau kurangkan tekanan dengan senaman ringan atau aktiviti santai yang selamat untuk wanita mengandung seperti meditasi atau yoga.4 Persediaan awal untuk kelahiran anak anda juga boleh membantu mengurangkan tekanan yang akan anda hadapi menjelang trimester terakhir kehamilan anda, jadi terokailah artikel kami “Apakah Keperluan/Persediaan Semasa Ibu Mengandung?” untuk mempersiapkan diri anda. 
     
  • Pastikan anda mendapat hidrasi yang mencukupi selain nutrisi yang mencukupi untuk memastikan kulit anda sihat dan kembali terhidrat.6

Jika anda tidak pasti apakah makanan yang sesuai untuk ibu hamil ataupun susu yang paling sesuai untuk ibu mengandung, bacalah artikel kami untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh menambah pengambilan penghidratan anda dengan susu Friso® Gold Mum untuk memastikan anda mendapat hidrasi dan nutrien yang diperlukan sekaligus.

Friso® Gold Mum – Alternatif Susu Formula Kami Semasa Kehamilan Anda 

Susu untuk ibu mengandung sering disyorkan kerana ia membantu mengimbangi keperluan pemakanan anda dan anak anda terutamanya pada permulaan kehamilan anda. Kami telah merumuskan Friso® Gold Mum dengan mengambil kira keperluan susu untuk ibu mengandung serta anak, dan formula Dual Care+ yang unik untuk menyokong anda dalam perjalanan kehamilan anda.
 

Amalan mengambil kalsium dan mineral lain yang sesuai untuk menyokong anda semasa dan selepas kehamilan boleh mencabar, jadi Friso® Gold Mum diformulasi dengan nutrien-nutrien penting untuk menyokong perubahan fisiologi anda semasa kehamilan. Friso® Gold Mum bukan sekadar formula susu untuk kehamilan — ia juga menyediakan asas yang baik untuk anak anda yang sedang membesar. Malah, beberapa nutrien-nutrien penting yang diberikan oleh Friso® Gold Mum termasuk:
 

Vitamin B12 – Vitamin B12 diperlukan untuk penghasilan sel darah merah.
 

Asid Folik - Asid folik penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel.7 Folat memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah dan mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin.
 

Iodin – Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak.8
 

Vitamin D - Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.9
 

Kalsium - Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.10
 

Indeks glisemik rendah - Indeks glisemik (GI) adalah sistem penarafan untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah anda apabila dimakan sendiri. Indeks glisemik (GI) yang rendah boleh membantu ibu mengelakkan berat badan berlebihan semasa mengandung.
 

Setelah anda mengetahui petua-petua untuk menangani kulit gatal semasa hamil, ingatlah untuk sentiasa peka dan maklum tentang keadaan badan anda untuk memastikan kesejahteraan diri anda dan anak anda. Selain itu, jangan lupa apabila anda mempertimbangkan susu kehamilan, pertimbangkanlah asal usul susu, proses pembuatan, kandungan nutrien serta susu yang membantu anda mengawal penambahan berat badan semasa kehamilan. Friso® Gold Mum mengekalkan nutrien semula jadi susu untuk memberikan anda apa yang anda perlukan dalam perjalanan kehamilan anda. Friso® Gold Mum bertujuan untuk menjadi alternatif susu anda semasa mengandung dan tempoh penyusuan. Ketahui lebih lanjut hari ini!

Rujukan

  1. https://www.klikdokter.com/ibu-anak/kehamilan/penyebab-gatal-saat-hamil-dan-cara-mengatasinya
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1925231/
  3. https://apaxmedical.com/perubahan-kulit-semasa-mengandung/?lang=ms
  4. https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/ekzema-semasa-mengandung/
  5. https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/jangan-ambil-mudah-jika-rasa-gatal-ketika-hamil/ 
  6. https://hellosehat.com/kehamilan/kandungan/masalah-kehamilan/penyebab-payudara-gatal-saat-hamil/
  7. https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/masalah-kehamilan/mengapa-asid-folik-penting-untuk-kehamilan/
  8. https://ms-m.iliveok.com/family/iodin-semasa-kehamilan_131267i15854.html
  9. https://www.popmama.com/pregnancy/second-trimester/adeline-kinanti/manfaat-vitamin-d-untuk-ibu-hamil-dan-janin 
  10. https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/mengapa-ibu-hamil-perlukan-kalsium/

 

pregnant-woman-cooking-healthy-food

Apakah Makanan Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil?

Mengandung adalah pengalaman yang indah, tetapi apabila anda mula bergelar ibu, peranan anda juga semakin berkembang walaupun si kecil belum lagi lahir. Ia adalah amat penting bagi ibu hamil untuk menjaga pemakanan yang seimbang dan sihat. Pemakanan yang baik adalah asas untuk kesihatan ibu dan pertumbuhan anak dalam rahim. Artikel ini akan membincangkan maklumat penting mengenai diet yang sesuai untuk ibu mengandung dan mengenal pasti kategori makanan dan nutrien yang diperlukan bagi perkembangan janin yang sihat.