Langkau ke kandungan utama
adorable-girl-running-her-mother

Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah

Kanak-kanak, dengan semangat penjelajahan dan rasa ingin tahu mereka, seringkali terdedah kepada pelbagai situasi berbahaya di dalam rumah. Mereka masih kecil dan belum lagi peka terhadap benda-benda yang berbahaya di rumah. Oleh itu, sebagai ibu bapa atau penjaga, ia adalah penting untuk memastikan rumah menjadi tempat yang selamat bagi perkembangan dan kesejahteraan mereka. Artikel ini akan berbincang tentang kepentingan langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak dan cara untuk melaksanakannya untuk memastikan keamanan sekeluarga di rumah.

1. Mengurangkan Risiko Kemalangan di Rumah

Mengurangkan risiko kemalangan adalah langkah pertama yang boleh diambil untuk melindungi anak anda. Alat-alat atau perabot yang membahayakan perlu dikeluarkan1. Anda boleh membuat penyesuaian penjagaan mengikut umur anak anda. Sebagai contoh, anak mungkin terdedah kepada risiko tercekik, manakala kanak-kanak yang lebih besar mungkin berisiko jatuh dari tangga. Ini memerlukan penyesuaian keselamatan kanak-kanak di rumah mengikut peringkat perkembangan anak. Langkah-langkah untuk mengelak situasi bahaya tidak boleh ditangani dengan cara yang sama untuk semua umur1.

Walaupun langkah-langkah keselamatan kanak-kanak di rumah telah diambil, pengawasan yang aktif tetap penting. Ibu bapa perlu terlibat secara langsung dalam pengawasan kanak-kanak, terutama ketika berada di kawasan yang berpotensi membahayakan. Pengawasan ini melibatkan interaksi berterusan dan pemantauan secara teliti terhadap aktiviti mereka. Utamakan kepentingan keselamatan kanak-kanak1. Untuk kanak-kanak yang dah besar, berikan pendidikan tentang keselamatan kepada mereka1.

2. Tempat-Tempat di Rumah yang Perlu Dikalis Kanak-Kanak

  • Bilik Tidur2

Pastikan tempat tidur dan katil kanak-kanak berada di tempat yang selamat tanpa sebarang objek kecil berdekatan yang mudah dicapai kerana ia boleh menjadi risiko tercekik. Sediakan juga penghalang di sekitar tempat tidur untuk mengelakkan mereka jatuh dari tempat tidur.

  • Ruang Tamu2

Stabilkan perabot untuk mengurangkan risiko kecederaan akibat terbalik atau jatuh. Pastikan ruang ini selamat untuk kanak-kanak bermain. Selain itu, pastikan tiada barang tajam atau kecil yang mudah dicapai oleh mereka.

  • Bilik Air3

Anda harus pantau anak anda ketika berada di bilik air untuk memastikan keselamatan mereka. Pastikan air yang digunakan untuk mandi itu berada di paras selamat. Bilik air juga licin, maka ibu bapa perlu menjaga kanak-kanak kecil supaya mengelakkan kecederaan.

  • Dapur3

Dapur adalah tempat berpotensi berbahaya. Simpan segala bahan kimia dan alatan tajam di tempat yang tinggi dan terkunci. Anda boleh mengguna alat keselamatan pada dapur seperti alat pelindung sudut meja dan juga child lock (kunci keselamatan almari kanak-kanak) untuk mencegah kemalangan. Pastikan anak anda diberi arahan untuk tidak mendekati dapur tanpa pengawasan.

  • Tangga dan Sudut Tajam2

Pasang penyekat tangga yang selamat dan pelindung sudut tajam di tempat-tempat yang mungkin menjadi sumber bahaya. Pastikan tangga bebas daripada barang-barang yang boleh menyebabkan kemalangan.

3. Langkah-Langkah Keselamatan Am

  • Penggera Api4

Memasang penggera api itu memberikan amaran awal dalam situasi kecemasan, lalu memberikan lebih masa untuk bertindak. Lakukan latihan kebakaran dengan keluarga anda secara berkala untuk memastikan semua ahli keluarga tahu prosedur keselamatan yang betul.

  • Tutup Alur Keluar Elektrik3

Sembunyikan atau lindungi alur keluar elektrik untuk mengelakkan kanak-kanak mencuba main atau memasukkan objek ke dalamnya. Ajarkan kanak-kanak tentang bahaya elektrik dan kepentingan menjauhi sumber-sumber elektrik.

  • Pintu Keselamatan Kanak-Kanak4

Gunakan pintu keselamatan kanak-kanak pada pintu ruangan berisiko tinggi seperti bilik air dan dapur. Periksa pintu keselamatan secara berkala untuk memastikan ia masih berfungsi dengan baik.

  • Periksa Stabiliti Perabot dan Barang-Besar3

Pastikan semua perabot dan barang-besar seperti almari dan rak adalah stabil dan tidak mudah terbalik. Beritahu anak anda untuk tidak memanjat di atas perabot yang tinggi. Sebelum membeli perabot, anda harus mengutamakan kepentingan keselamatan kanak-kanak agar dapat membuat keputusan yang baik.

  • Tikar Anti-Licin atau Karpet4

Pasang tikar anti-licin di tempat licin untuk mengelakkan kanak-kanak daripada tergelincir. Pastikan tikar ini tetap dalam keadaan baik dan terpasang dengan betul.

  • Simpan Objek Tajam atau Kecil di Tempat yang Tidak Boleh Diakses3

Pastikan benda-benda berbahaya atau kecil disimpan di tempat yang tinggi dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak. Latih mereka untuk memberitahu orang dewasa jika terjumpai barang berbahaya.

  • Selak Pintu atau Kunci Kabinet Kalis Kanak-Kanak3

Pasang selak pintu atau kunci kabinet untuk mengelakkan kanak-kanak daripada mengakses kawasan berbahaya. Letakkan barang-barang yang berbahaya seperti pisau dan produk pembersih di kabinet yang terkunci.

  • Senaraikan Info Kecemasan4

Simpan sebuah senarai kecemasan yang mengandungi nombor-nombor telefon penting dan alamat rumah di kawasan yang mudah dicapai sekiranya berlaku kecemasan.

4. Kepentingan Memberikan Anak Anda Susu Friso® Gold

Selain langkah-langkah keselamatan fizikal, memastikan anak anda mendapat nutrisi yang mencukupi juga penting. Friso® Gold menawarkan susu formula yang dirumuskan khas untuk kanak-kanak dengan Teknologi LocNutri™ yang menyokong penghadaman yang baik dan penyerapan nutrien optimum. Anda boleh cuba Friso® Gold Step 3 iaitu susu formula yang dirumuskan untuk kebaikan anak kecil yang berumur antara 1 hingga 3 tahun dan Friso® Gold Step 4 untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kedua-dua susu tersebut dihasilkan daripada susu istimewa NOVAS™ dan diproses sekali sahaja dengan Teknologi LocNutri™ untuk mengekalkan nutrien maksimum.

Dengan gabungan kebaikan alam semula jadi dan sains, Friso® Gold menyokong perkembangan sihat kanak-kanak dengan memastikan mereka mendapat lebih daripada 50 nutrien-nutrien penting. Kanak-kanak mempunyai penghadaman yang baik amat penting bukan sahaja untuk keselesaan mereka tetapi juga memastikan penyerapan nutrien yang baik untuk menyokong perkembangan mereka.

Kesimpulannya, memastikan keselamatan kanak-kanak di rumah adalah tanggungjawab sebagai ibu bapa atau penjaga. Langkah-langkah menjaga keselamatan dan pengawasan aktif mereka penting untuk mencipta persekitaran yang selamat di rumah. Anda harus perhatikan persekitaran dengan teliti untuk mengenali perkara yang perlu dikalis kanak-kanak. Selain itu, memberikan perhatian kepada nutrisi anak melalui susu formula seperti Friso® Gold. Jangan lupa untuk mencuba Friso® Gold untuk memberikan nutrisi terbaik untuk perkembangan mereka. Tak pasti bagaimana memilih susu formula yang sesuai untuk anak anda? Bacalah artikel kami untuk mengetahui lebih banyak tentang jenis-jenis susu formula yang sesuai untuk peringkat umur yang berbeza. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web utama Friso Gold hari ini. Melindungi anak anda bermula di rumah. Dengan menjaga kepentingan keselamatan kanak-kanak, kita dapat mencipta suasana yang penuh kasih sayang dan keselamatan bagi mereka.

 

Rujukan

  1. https://www.verywellfamily.com/childproofing-your-home-2634228
  2. https://www.parents.com/child/safety/childproofing/childproofing-your-home-from-top-to-bottom/
  3. https://www.parents.com/toddlers-preschoolers/safety/toddlerproofing/home-safe-home-childproof-your-home-room-by-room/
  4. https://health.clevelandclinic.org/a-guide-to-childproofing-your-home 

adorable-girl-running-her-mother

Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah

Kanak-kanak, dengan semangat penjelajahan dan rasa ingin tahu mereka, seringkali terdedah kepada pelbagai situasi berbahaya di dalam rumah. Mereka masih kecil dan belum lagi peka terhadap benda-benda yang berbahaya di rumah. Oleh itu, sebagai ibu bapa atau penjaga, ia adalah penting untuk memastikan rumah menjadi tempat yang selamat bagi perkembangan dan kesejahteraan mereka. Artikel ini akan berbincang tentang kepentingan langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak dan cara untuk melaksanakannya untuk memastikan keamanan sekeluarga di rumah.