Langkau ke kandungan utama
Friso® Gold 3 - formula milk for digestion and preventing constipation

Teknologi LocNutri™ - Susu Formula untuk Penghadaman yang Mudah dengan Teknologi LocNutri™

Mengekalkan nutrisi. Penghadaman yang mudah untuk menjadi kuat dari dalam.

Bukan semua formula dicipta serupa

Bagi pelanggan biasa, kesemua susu tepung formula di pasaran mungkin nampak serupa - tetapi ianya tidak. Penting untuk anda memilih susu formula yang tepat untuk penghadaman yang selamat dan membantu mengelakkan sembelit untuk anak anda. Lihat melangkaui dari cara pemasaran dan iklan, dan anda boleh mengkaji maklumat penting tentang formula dan cara ia dibuat.

Terdapat beberapa kaedah pemprosesan susu formula yang digunakan oleh industri untuk mengeringkan tenusu daripada bentuk cecair ke susu tepung. Ini termasuk sembur kering, dehidrasi dan/atau penyejatan, selalunya pada suhu yang tinggi untuk menghilangkan air, dengan penambahan pemakanan (seperti asid berlemak yang berasaskan sayuran) ke dalam campuran sepanjang barisan pengeluaran. Walaupun rawatan suhu tinggi meminimakan pencemaran dan lebih baik dari segi kebersihan, struktur semula jadi protein susu rosak atau musnah, justeru mengubah komposisi kimia pada masa ia menjadi kering.

Masalah dengan ini adalah apabila protein dirosakkan oleh suhu yang tinggi, ianya sukar untuk diserap oleh selaput sistem penghadaman anak anda, meletakkan beban berat pada organ yang masih berkembang. Faktor ini boleh menyebabkan anak anda untuk mengalami ketidakcernaan, kolik, sembelit dan ketidakselesaan perut umum, dan menghalang mereka daripada menjalani zaman kanak-kanak yang terbaik atau terlepas daripada pembelajaran.

 

Memelihara nutrien-nutrien terbaik bagi anak anda

Formulasi NOVAS Signature Milk kami dengan Teknologi LocNutri adalah berdasarkan kepakaran Tenusu Belanda selama 150 tahun dan adalah berbeza daripada segi rekaan. Pertama sekali, kami bermula dengan bahan utama kami: susu yang diambil terus daripada sumber semulajadinya, dari ladang-ladang lembu kami di Belanda. Lembu-lembu kami dipilih dengan teliti berdasarkan kesihatannya, kualiti susu dan komposisi susu. Kami juga menggunakan sensor leher untuk memantau aktiviti seharian lembu-lembu kami seperti berapa langkah yang telah diambil oleh mereka, berapa banyak makanan yang telah dimakan dan berapa kerapkah mereka berbaring.

Susu segara dihantar dari ladang ke kilang dalam masa 1.5 jam kurang daripada 4°C untuk mengekalkan kesegaran optima. Kemudian, kami gunakan teknologi inovatif LocNutri™ kami dengan peralatan khusus yang dikawal dalam loji pemprosesan kami mengikut piawaian yang tepat. Teknologi ini menggunakan rawatan haba yang sederhana semasa proses pembuatan formula, jadi protein adalah dipelihara lebih dekat dengan struktur aslinya. Malah, kami mampu mengunci lebih daripada 90% nutrien semula jadi7 daripada bentuk cecairnya, semuanya hasil proses pembuatan susu formula tepung yang ditanda dagang ini. Dengan ini ia membolehkan nutrien-nutrien susu formula untuk lebih mudah dihadam dan diserap oleh perut anak anda yang masih berkembang dan sensitif.

Makanan berkandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan kenaikkan berat badan dan lemak badan berlebihan. Susu formula inovatif kami mengandungi laktosa, gula semula jadi di dalam susu, dengan kesemua ciri-cirinya yang bermanfaat serta tiada perasa tambahan. Pengambilan protein-protein baik adalah penting untuk manusia untuk menghasilkan otot, kulit dan pembuatan rambut yang sihat. Ia juga menyokong sistem imun dan membantu dalam pembuatan antibodi, menjaga keselamatan anak anda dari luar dan dalam. Kanak-kanak kecil mempunyai keperluan nutrisi yang spesifik, dan penyakit pencernaan boleh memberikan kesan buruk terhadap bakteria semulajadi di dalam perut. Penting untuk membuat penyelidikan dan memilih susu formula yang tepat untuk penghadaman yang baik, walaupun ia mungkin lebih tinggi kosnya.

Untuk ketelusan yang lebih, anda juga boleh menjejak di mana formula kami diedarkan dengan TrackEasy, daripada pengeluaran ke penyimpanan, sehingga ke penghantaran ke rak-rak di pasaraya. Dengan cara ini, anda diyakinkan bahawa anda memberikan anak anda susu yang disemak kualiti dalam setiap gelas. Ia juga datang dalam bekas yang kedap udara untuk memelihara kesegarannya. Dengan molekul-molekul kecil semula jadi dan struktur yang lembut, susu yang dinaiktaraf ini mudah dihadam supaya anak anda boleh menjadi lebih kuat dari dalam dan luar.

 

Membina penghadaman yang baik untuk menjadi kuat dari dalam

Anak anda seringkali didedahkan dengan perkara-perkara yang baru dan menyeronokkan dan kita, seperti setiap ibu, ingin membantu mereka memanfaatkan tahun-tahun penemuan mereka dengan sebaik mungkin. Sistem penghadaman yang sihat bermaksud anak anda kurang tertekan dan akan mempunyai tenaga dan semangat yang diperlukan untuk menikmati semua jenis aktiviti bersama anda. Lagipun, perkara-perkara kecil dalam hidup adalah yang paling penting.

 

Manfaat sistem penghadaman yang baik

  1. Menyerap nutrien-nutrien

    Usus kita adalah amat penting kerana kita menyerap hampir kesemua nutrien-nutrien yang kita makan melaluinya. Jadi, kanak-kanak mendapat kebanyakkan nutrisi daripada makanan yang diambil apabila usus mereka dalam keadaan yang sihat. Nutrien-nutrien utama daripada makanan yang diserap adalah zat besi, protein, karbohidrat dan juga lemak-lemak. Nutrien-nutrien ini membantu dalam tumbesaran badan kanak-kanak kecil.5

  2. Menyingkirkan buangan

    Antara fungsi utama usus anda adalah untuk menyingkirkan buangan. Untuk mengekalkan pergerakan usus yang tetap, terutamanya dalam kanak-kanak, galakkan diet yang melibatkan kandung serat yang tinggi. Tambahkan ke dalam diet anak anda makanan seperti bijiran penuh, sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Dengan ini, pergerakan usus yang tetap dapat dikekalkan, membantu bakteria baik dalam usus dan juga mengelakkan sembelit. Meminum air yang mencukupi dan kekal terhidrat juga adalah penting untuk mengekalkan pergerakan usus yang tetap.5

  3. Sistem imun

    70% sistem imun badan dijumpai di dalam usus anda. Walau bagaimanapun, ia juga merupakan pintu utama bagi kuman untuk memasuki badan anda. Jika usus anda tidak kuat, penyakit-penyakit mampu berlaku kerana kuman ini. Ketidakseimbangan bakteria di dalam perut boleh menyumbang kepada risiko alahan yang berkaitan dengan usus sepert asma dan ekzema. Menguatkan bakteria baik dalam usus anak anda boleh membina imuniti mereka dan memastikan mereka sihat.5

    Cubalah Friso® Gold Step 3 dan Friso® Gold Step 4. Dibuat dengan susu yang diproses hanya sekali dengan Teknologi LocNutri™ untuk mengekalkan lebih 90% nutrien, Friso® Gold menggabungkan kebaikkan semula jadi bersama sains untuk memberikan anda susu yang mudah untuk dihadam dengan lebih daripada 50 nutrien-nutrien penting. Friso® Gold mengandungi NOVAS™ Signature Milk dengan molekul kecil semula jadi dan struktur yang lembut, tidak mempunyai perasa tambahan, dan kini mengandungi prebiotik 2'-FL serta GOS untuk penghadaman yang mudah supaya anak anda boleh menjadi kuat dari dalam. Ianya sangat penting untuk anak anda untuk mempunyai penghadaman yang baik bukan sahaja untuk keselesaan mereka tetapi untuk mengelakkan komplikasi di masa hadapan. Anda boleh meminta sampel: Cuba pek percubaan 1 hari percuma atau diskaun 50% untuk pek percubaan 6 hari.

    Kami harap maklumat di dalam artikel mengenai pemprosesan susu formula ini dapat membantu anda dalam memilih formula yang tepat untuk perut yang sensitif dan sembelit. Jika anda ingin mengetahui sama ada Friso® Gold sesuai untuk anak anda (cth. kemungkinan alahan makanan, dsb.), bincanglah dengan pakar pediatrik anda untuk mendapatkan maklumat atau hubungi Friso® Gold Careline di 1800-81-3854 untuk perkhidmatan dan sokongan, tersedia setiap hari Isnin sehingga Jumaat, dari 8.30 A.M. hingga 4.30 P.M.

 

 

Reference

  1. Dr. Marjolijn Bragt – van Wijngaarden, Bernadette Chin, MSc, Sherlin Ong, MSc and registered dietician. Scientific product substantiation paper Friso® Gold range Stage 1,2,3,4 - Global Development Nutrition 2015
  2. Boston Consulting Group. Consumer survey 2009
  3. Project Explorer 2014, PH Opco/GFK Study month 2
  4. 6 Ways Added Sugar Is Fattening
    https://www.healthline.com/nutrition/does-sugar-make-you-fat
  5. Admin. (2022, August 7). The importance of good gut health in children. Only About Children. Retrieved August 12, 2022, from
    https://www.oac.edu.au/news-views/the-importance-of-good-gut-health-in-children/
  6. Friso® Gold 4. (n.d.). Retrieved August 18, 2022, from
    https://www.frisogold.com.my/friso-gold/friso-gold-4
  7. Homepage. (n.d.). Retrieved August 18, 2022, from https://www.frisogold.com.my/

Which food to avoid during pregnancy

Makanan yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

Panduan ini adalah ringkasan makanan yang anda harus berwaspada supaya tidak makan ketika hamil. Ia adalah cadangan yang baik untuk berunding dengan doktor pilihan anda untuk mendapatkan nasihat perubatan jika anda tidak pasti tentang apa yang anda makan, telah makan, atau ingin terus makan sepanjang kehamilan anda. Kehamilan ini mendatangkan tanggungjawab baru kepada anak anda dan diri anda sendiri. Terdapat beberapa pelarasan diet yang perlu anda lakukan untuk manfaat imuniti dan pertumbuhan anak anda, terutamanya semasa trimester pertama anda.