Langkau ke kandungan utama
Young pregnant woman exercising on yoga mat

Senaman Untuk Ibu Mengandung Mengikut Trimester

Senaman untuk ibu hamil sangat penting bagi kesihatan & keselesaan ibu dan anak. Dapatkan senaman yang sesuai untuk ibu mengikut trimester kehamilan. Lihat selanjutnya.

Kepentingan senaman untuk ibu mengandung

Terdapat beberapa kepentingan dan kebaikan apabila bersenam semasa hamil. Antaranya ialah senaman meningkatkan tahap kesihatan ibu hamil dan anak, mengurangkan pertambahan berat badan yang berlebihan, mampu mencegah terjadinya tekanan darah tinggi dan kencing manis semasa mengandung, menurunkan kadar kemurungan kerana hormon Endorfin akan dikeluarkan serta mengurangkan risiko bersalin melebihi tempoh jangkaan dan risiko bersalin secara pembedahan.2

Bagi mereka yang hamil, pembahagian tempoh masa kehamilan boleh dibahagikan kepada 3 trimester iaitu trimester pertama, kedua dan ketiga. Dalam artikel ini, kami akan memberitahu anda tentang senaman yang sesuai untuk ibu hamil.

Trimester 1

Trimester 1 adalah bulan 1 hingga 3 kehamilan. Trimester pertama bermula pada saat berlakunya persenyawaan hingga minggu ke-12. Secara asasnya, pada trimester pertama, perkembangan anak lebih tertumpu kepada penghasilan organ penting untuk memastikan badan dapat berfungsi dengan baik. Pada minggu terakhir trimester ini, perlahan-lahan, tulang rawan akan menjadi tulang keras.3

Antara senaman ibu hamil yang boleh anda lakukan semasa trimester pertama adalah seperti berjalan selama 20-30 minit setiap hari, untuk beberapa kali dalam satu minggu. Di samping itu, anda juga boleh memilih untuk berjoging, berenang mahupun melakukan senaman aerobik dengan gerakan berimpak rendah, berbasikal dan juga menari.4

Trimester 2

Trimester 2 merupakan bulan 4 hingga 6 tempoh kehamilan. Apabila sudah masuk minggu ke-13, ia sudah dikira sebagai trimester kedua. Tempoh masa ini berlangsung hingga minggu ke-27. Pada waktu ini, ibu hamil boleh merasa tendangan janin. Anda juga boleh mengetahui jantina anakmu melalui ujian pengimbasan. Perkembangan organ lain seperti jantung anak anda juga boleh dipantau. Apa-apa masalah berkaitan dengan perkembangan janin boleh didiagnosis pada saat ini.3

Pada masa ini, anda boleh melakukan senaman seperti yoga. Senaman yang sesuai untuk ibu hamil trimester kedua yang lain adalah senaman yang fokus pada cara tenangkan diri, pernafasan dan lain lagi. Anda harus elakkan diri daripada membuat aktiviti yang terlalu memenatkan.4

Trimester 3

Trimester 3 adalah bulan 7 hingga 9 kehamilan. Ia juga merupakan trimester terakhir kehamilan. Setiap organ dan sistem dalam tubuh anak anda sudah dicipta dengan lengkap dan berfungsi. Anak anda juga boleh bergerak dan menendang dengan lebih kuat.3

Anda harus elakkan diri daripada melakukan aktiviti atau senaman intensif. Senaman yang boleh dilakukan adalah berjalan secara santai dan senaman nafas supaya sedia untuk melahirkan anakmu.4

Panduan keselamatan semasa bersenam

Sebelum melakukan senaman untuk ibu mengandung, Kami menyediakan panduan keselamatan yang perlu dipertimbangkan. Anda harus dapatkan kebenaran daripada doktor anda jika ingin bersenam dan minum banyak air sebelum, semasa dan selepas bersenam. Selain itu, elakkan sukan yang melibatkan pergerakan agresif dan intensif.5

Siapa yang tidak boleh bersenam semasa mengandung?

Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, bersenam adalah tidak digalakkan semasa mengandung atau kehamilan.1

 

Frisomum® Gold – Susu Formula kami untuk kehamilan anda

Susu untuk ibu hamil sering disyorkan kerana ia membantu mengimbangi keperluan pemakanan anda dan anak anda terutamanya pada permulaan kehamilan anda. Kami telah merumuskan Frisomum® Gold dengan mengambil kira ibu dan anak, dan formula Dual Care+ yang unik menyokong anda dalam perjalanan kehamilan anda.

Amalan mengambil kalsium dan mineral lain yang sesuai untuk menyokong anda semasa dan selepas kehamilan boleh mencabar, jadi Frisomum® Gold diformulasi dengan nutrien penting untuk menyokong perubahan fisiologi anda semasa kehamilan. Frisomum® Gold bukan sekadar formula susu untuk kehamilan — ia juga menyediakan asas yang baik untuk anak anda yang membesar. Malah, beberapa nutrien penting yang diberikan oleh Frisomum® Gold kepada anda termasuk:

Vitamin B12 – Vitamin B12 diperlukan untuk penghasilan sel darah merah.

Asid Folik - Asid folik penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel. Folat memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah dan mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin.

Iodin – Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak.

Vitamin D - Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Kalsium - Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Indeks glisemik rendah - Indeks glisemik (GI) ialah sistem penarafan untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah anda apabila dimakan sendiri. Indeks glisemik (GI) yang rendah boleh membantu ibu mengelakkan berat badan berlebihan semasa mengandung.

Apabila anda mempertimbangkan susu kehamilan, pertimbangkanlah asal usul susu, proses pembuatan, kandungan nutrien serta susu yang membantu anda mengawal penambahan berat badan semasa kehamilan. Frisomum® Gold mengekalkan nutrien semula jadi susu untuk memberikan anda apa yang anda perlukan dalam perjalanan kehamilan anda. Frisomum® Gold bertujuan untuk menjadi alternatif susu anda semasa mengandung dan tempoh penyusuan. Ketahui lebih lanjut hari ini!


References

  1. https://bmcpregnancychildbirth.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12884-018-2068-7 
  2. https://www.healthline.com/health/pregnancy/pregnancy-workouts 
  3. https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/perkembangan-janin-trimester/ 
  4. https://hellodoktor.com/kehamilan/kelahiran-bayi/beranak/ibu-mengandung-bersenam/ 
  5. https://jiwasihat.com/senaman-untuk-wanita-mengandung/ 

Which food to avoid during pregnancy

Makanan yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

Panduan ini adalah ringkasan makanan yang anda harus berwaspada supaya tidak makan ketika hamil. Ia adalah cadangan yang baik untuk berunding dengan doktor pilihan anda untuk mendapatkan nasihat perubatan jika anda tidak pasti tentang apa yang anda makan, telah makan, atau ingin terus makan sepanjang kehamilan anda. Kehamilan ini mendatangkan tanggungjawab baru kepada anak anda dan diri anda sendiri. Terdapat beberapa pelarasan diet yang perlu anda lakukan untuk manfaat imuniti dan pertumbuhan anak anda, terutamanya semasa trimester pertama anda.