Langkau ke kandungan utama
Toddler drinking formula milk

Susu formula yang sesuai untuk kanak-kanak mengikut umur

Pelbagai susu tepung dibekalkan untuk kanak-kanak pada umur yang berbeza. Ketahui jenis susu formula yang sesuai untuk anak anda mengikut umur. Baca di sini.

Asal Usul Susu Formula Friso® Gold

Mengetahui asal usul susu tepung formula adalah penting kerana ia dapat membantu ibu bapa dalam membuat keputusan yang betul tentang nutrisi untuk kanak-kanak. Sesetengah formula dibuat dengan bahan yang berbeza dan boleh mempunyai kandungan nutrisi yang berbeza. Sebagai contoh, formula yang dibuat dengan susu lembu mungkin mengandungi lebih banyak protein daripada formula yang dibuat dengan susu soya. Selain itu, mengetahui asal usul susu formula juga boleh membantu dalam mengelakkan alahan atau intoleransi terhadap bahan-bahan tertentu.

Untuk ketelusan, anda juga boleh menjejaki di mana susu formula kami diedarkan dengan TrackEasy, daripada pengeluaran ke penyimpanan, sehinggalah ke penghantarannya ke rak pasar raya. Dengan cara ini, anda boleh yakin bahawa anda memberikan anak anda susu berkualiti dalam setiap gelas. Ia juga tersedia dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kesegarannya. Dengan molekul yang kecil secara semula jadi dan struktur lembut, susu formula ini mudah dihadam supaya anak anda boleh menjadi lebih kuat dari dalam dan luar.

Jenis susu berasaskan tumbuhan

Susu lembu mempunyai nutrien-nutrien penting yang tidak dipadankan dalam susu alternatif berasaskan tumbuhan. Apabila membandingkan kandungan nutrien seperti protein dan kalsium, susu lembu adalah pilihan susu yang baik untuk kanak-kanak.

Satu pengecualian adalah untuk kanak-kanak yang mempunyai intoleransi atau alahan terhadap susu formula asas1, atau untuk keluarga yang mempunyai keutamaan diet seperti pemakanan vegan kerana kepercayaan agama atau gaya hidup. Inilah sebabnya mengapa ia juga penting untuk mengingati beberapa pilihan alternatif untuk susu formula seperti susu berasaskan tumbuhan. Antara jenis susu berasaskan tumbuhan ialah:

  1. Susu soya

    Susu soya mengandungi protein yang tinggi, menjadikannya pilihan yang bagus untuk vegetarian dan vegan. Ia juga merupakan sumber kalsium, vitamin D, dan vitamin B12 yang baik3. Bagi kanak-kanak yang memerlukan alternatif kepada susu lembu, susu soya adalah pilihan susu berasaskan tumbuhan yang terbaik2.

  2. Susu badam

    Susu badam rendah kalori, tinggi vitamin E dan lemak yang menyihatkan jantung. Ia juga merupakan sumber kalsium yang baik. Namun, hanya apabila anak anda berumur lebih dari 12 bulan4.

  3. Susu oat

    Susu oat mengandungi serat yang tinggi dan mempunyai tekstur berkrim. Ia juga merupakan sumber vitamin D, vitamin B12, dan zat besi yang baik5.

Susu Formula - Friso® Gold 3

Friso® Gold 3 adalah susu formula yang dihasilkan untuk kebaikan anak kecil yang berumur antara 1 hingga 3 tahun dengan nutrien Mudah Dicerna supaya mereka boleh menjadi kuat dari dalam untuk mengalami kehidupan yang terbaik dan sepenuhnya bersama anda. Susu tepung Friso® Gold 3 juga baik untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit.

DHA, AA, Omega 3&6 - DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum6. AA diiktiraf kerana peranan utamanya untuk kesihatan optimum, kognisi dan perkembangan semasa kehidupan awal kanak-kanak7. Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk perkembangan otak, sistem saraf, organ deria dan kecerdasan8.

Kalsium, Protein, Vitamin & Mineral - Pertumbuhan otot dan tulang. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi. Protein adalah penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan pembaikan tisu dalam badan anak anda9. Protein membekalkan asid amino yang diperlukan untuk sintesis protein. Vitamin dan mineral adalah penting untuk pertumbuhan dan metabolisme10.

GOS, Nukleotida & Bifido Lactis - Membantu menyerap nutrien-nutrien utama & membina sistem imun yang kuat. GOS ialah prebiotik yang boleh membantu masalah sembelit dan banyak lagi11. Nukleotida boleh menggalakkan pertumbuhan gastrousus dan imunologi yang sihat pada kanak-kanak kecil12. Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta kematangan imun dan usus13.

Susu Formula - Friso® Gold 4

Friso® Gold 4 diformulasikan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dan mengandungi pilihan sokongan nutrisi yang tepat melalui susu tepungnya dan juga baik untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit17 iaitu:

DHA, AA, Omega 3&6 - DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum6. AA diiktiraf kerana peranan utamanya untuk kesihatan optimum, kognisi dan perkembangan semasa kehidupan awal kanak-kanak7. Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk perkembangan normal otak, sistem saraf, organ deria dan kecerdasan8.

Kalsium, Protein, Zat Besi, Kuprum, Vitamin A dan K1 - Nutrien-nutrien ini menyokong pertumbuhan otot dan tulang kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas, serta meningkatkan kesihatan penglihatan mereka. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi. Protein adalah penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu badan anak anda9. Apabila kuprum digabungkan dengan besi, ia membolehkan badan membina sel darah merah serta mengekalkan tulang, saluran darah, saraf, dan sistem imun yang sihat14. Vitamin A meningkatkan penglihatan dan fungsi imun15. Vitamin K1 membantu menghasilkan protein lain dalam badan yang penting untuk kesihatan darah, tulang dan buah pinggang serta boleh didapati dalam sayur-sayuran hijau berdaun gelap16.

GOS, Nukleotida & Bifido Lactis - Membantu menyerap nutrien-nutrien utama & membina sistem imun yang kuat11. GOS ialah prebiotik yang boleh membantu masalah sembelit dan banyak lagi11. Nukleotida boleh menggalakkan pertumbuhan gastrousus dan imunologi yang sihat pada kanak-kanak kecil12. Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta kematangan imun dan usus13.

Teknologi LocNutri™: Penghadaman Mudah supaya Lebih Kuat Dari Dalam

Cubalah Friso® Gold Step 3 iaitu, susu formula yang dihasilkan untuk kebaikan anak kecil yang berumur antara 1 hingga 3 tahun, dan Friso® Gold Step 4 untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Dihasilkan daripada susu berkualiti tinggi dan diproses sekali sahaja dengan Teknologi LocNutri™ untuk mengekalkan nutrien maksimum, Friso® Gold menggabungkan kebaikan alam semula jadi dengan sains untuk membawa anda susu berkualiti, mudah dihadam dengan lebih daripada 50 nutrien-nutrien penting untuk membantu anak anda membesar lebih kuat dari dalam.​ Ia amat penting untuk anak anda mempunyai penghadaman yang baik bukan sahaja untuk keselesaan mereka tetapi juga untuk mengelakkan komplikasi pada masa depan mereka. Anda boleh mendapatkan sampel: Cuba pek percubaan 1 hari percuma atau diskaun 50% untuk pek percubaan 6 hari.

Formula Friso® Gold mengekalkan nutrien semulajadi susu untuk memberikan si manja anda apa yang mereka perlukan untuk perkembangan. Ketahui lebih lanjut hari ini!

References

  1. https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0958694623000432
  2. https://www.childrens.com/health-wellness/what-is-the-best-milk-for-children#:~:text=Newborns%20(0%2D12%20months),a%20half%20cups%20a%20day
  3. https://www.whattoexpect.com/toddler-nutrition/soy-milk-for-children.aspx
  4. https://www.medicalnewstoday.com/articles/322082#:~:text=Toddlers%20can%20drink%20almond%20milk,and%20flavorings%2C%20such%20as%20vanilla
  5. https://coolmomeats.com/2019/02/19/what-is-oat-milk-okay-for-kids/
  6. Kuratko, C. N., Barrett, E. C., Nelson, E. B., & Salem, N., Jr (2013). The relationship of docosahexaenoic acid (DHA) with learning and behavior in healthy children: a review. Nutrients, 5(7), 2777–2810. https://doi.org/10.3390/nu5072777
  7. Salas Lorenzo, I., Chisaguano Tonato, A. M., de la Garza Puentes, A., Nieto, A., Herrmann, F., Dieguez, E., Castellote, A. I., López-Sabater, M. C., Rodríguez-Palmero, M., & Campoy, C. (2019). The Effect of an Infant Formula Supplemented with AA and DHA on Fatty Acid Levels of Infants with Different FADS Genotypes: The COGNIS Study. Nutrients, 11(3), 602. https://doi.org/10.3390/nu11030602
  8. Organic's Best. (2020, July 24). Why is omega 3 and omega 6 so important for babies? Organic's Best. Retrieved October 10, 2022, from https://organicsbestshop.com/blogs/organicsbestclub/why-omega-3-omega-6-is-important-for-babies#:~:text=Omega%203%20and%206%20fatty,the%20first%20months%20after%20birth
  9. The importance of protein for children's growth - baby & child nutritionist. SR Nutrition. (2022, February 28). Retrieved October 10, 2022, from https://www.srnutrition.co.uk/2020/07/the-importance-of-protein-for-childrens-growth/#:~:text=Protein%20is%20essential%20for%20your,vitamin%20D%2C%20calcium%20and%20selenium
  10. Singh, Harinder & Marjina, & Singh, Amandeep & Sharma, Deepak & Singh, Gurmeet. (2020). Role of Mineral and Vitamin for Infant, Toddler and Pregnant Women. 19. 107-115.
  11. Fanaro S, Boehm G, Garssen J, Knol J, Mosca F, Stahl B, Vigi V. Galacto-oligosaccharides and long-chain fructo-oligosaccharides as prebiotics in infant formulas: a review. Acta Paediatr Suppl. 2005 Oct;94(449):22-6. doi: 10.1111/j.1651-2227.2005.tb02150.x. PMID: 16214761.
  12. Benefits of nucleotides for babies and toddlers. Einmik. (2018, November 9). Retrieved October 11, 2022, from https://www.einmilk.com/benefits-of-nucleotides-for-babies-and-toddlers/
  13. Baglatzi, L., Gavrili, S., Stamouli, K., Zachaki, S., Favre, L., Pecquet, S., Benyacoub, J., & Costalos, C. (2016). Effect of Infant Formula Containing a Low Dose of the Probiotic Bifidobacterium lactis CNCM I-3446 on Immune and Gut Functions in C-Section Delivered Babies: A Pilot Study. Clinical medicine insights. Pediatrics, 10, 11–19. https://doi.org/10.4137/CMPed.S33096
  14. Ware, M. (2017, October 23). Copper: Health benefits, recommended intake, sources, and risks. Medical News Today. Retrieved October 11, 2022, from https://www.medicalnewstoday.com/articles/288165
  15. Patwal, S. (2022, September 14). Vitamin A for kids: Right dosage, benefits & side effects. MomJunction. Retrieved October 11, 2022, from
  16. Castle, J. (2020, October 2). All about vitamin K for kids. The Nourished Child. Retrieved October 11, 2022, from https://thenourishedchild.com/vitamin-k-kids/
  17. https://www.frisogold.com.my/guides/what-causes-constipation-and-how-to-treat

Easing Constipation for Children

Sembelit di Kalangan Kanak-Kanak - Punca dan cara mengatasi sembelit

Sembelit dalam kanak-kanak adalah masalah lazim. Ibu bapa haruslah mengetahui makanan apakah yang mengelakkan masalah sembelit. Baca punca & cara merawat selanjutnya.