Langkau ke kandungan utama

Dasar Privasi

Maklumat Penggunaan

Kami menghormati hak privasi pengguna laman sesawang ini. Tiada maklumat peribadi diperlukan untuk mengakses laman sesawang ini tetapi dimana maklumat peribadi adalah diperlukan untuk dikemukan untuk tujuan tertentu yang dinyatakan di dalam laman sesawanga ini; anda dikehendaki untuk memberikan maklumat yang benar dan tepat.

Pengumpulan Maklumat Pengenalan Peribadi

Dutch Lady Milk Industries Berhad mengumpul maklumat pengenalan peribadi tentang anda untuk memberikan perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda hanya apabila anda memberikan maklumat tersebut. (Maklumat pengenalan peribadi adalah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenalpasti atau menghubungi individu tertentu dan sebarang maklumat tentang individu tersebut).

Pendedahan Maklumat

Dutch Lady Milk Industries Berhad tidak akan berkongsi maklumat dengan pihak luar dari syarikat-syarikat gabungan selain daripada yang mengikut undang-undang dan seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini. Laman ini mungkin mengandungi pautan-pautan atau rujukan ke laman sesawang lain dimana dasar privasi ini tidak terpakai. Dutch Lady Milk Industries Berhad tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi atau kandungan dari laman sesawang yang lain. Sila pastikan anda membaca dan mempersetujui dengan dasar privasi setiap laman sesawang yang anda lawati. Apabila anda serahkan maklumat ke laman ini, anda telah mempersetujui pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat tersebut mengikut Dasar Privasi ini. Jika anda memaklumkan Dutch Lady Milk Industries Berhad bahawa maklumat tidak boleh digunakan sebagai asas untuk menghubungi anda dengan lebih lanjut, Dutch Lady Milk Industries Berhad akan menghormati permintaan anda. Dutch Lady Milk Industries Berhad berhak untuk mengubah dan mengemaskini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Jika kami mengubah dasar privasi dalam talian dan prosedur-prosedur, kami akan menyiarkan perubahan tersebut dalam laman sesawang kami supaya anda cakna tentang maklumat-maklumat yang kami kumpul, bagaimanakah kami menggunakannya dan apakah situasi yang kami mendedahkannya. Sebarang perubahan atau kemaskini akan berlangsung serta-merta selepas ia disiarkan ke dalam laman sesawang kami. Sila semak kembali secara berkala, dan terutamanya apabila anda memberikan sebarang maklumat pengenalan peribadi.

Peruntukan Notis Mematuhi PDPA Dutch Lady Milk Industries Berhad 
Berdasarkan Personal Data Protection Act 2010 (dirujuk sebagai "Akta"), yang mengawal pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial yang kami berikan kepada anda notis seperti berikut (sebagai tujuan atas notis bertulis ini, terma-terma "personal data" dan "processing" mempunyai makna yang tertulis di dalam Akta):

1. Data peribadi anda adalah diproses oleh atau bagi pihak Dutch Lady dan data peribadi anda telah atau akan diambil di masa hadapan, melalui maklumat yang anda telah berikan kepada kami dalam sebarang bentuk dan dokumen-dokumen Dutch Lady yang lain.

2. Data peribada yang diproses oleh kami mungkin mengandungi nama anda, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, gambar-gambar, imej-imej, pengongsian, testimoni dan maklumat-maklumat lain. Kami ingin mengetengahkan bahawa sebarang kegagalan untuk memberikan data peribadi atau penarikan balik persetujuan anda untuk memberi dan proses maklumat peribadi anda mungkin mengakibatkan kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk sebarang Tujuan-tujuan (seperti yang dikemukakan di bawah).

3. Kami memproses maklumat peribadi anda, termasuk sebarang maklumat tambahan yang anda berikan, untuk tujuan-tujuan berikutnya:

        a.  untuk memberikan anda bahan-bahan dan maklumat pemasaran atau promosi;
        b.  tujuan-tujuan lain, secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan mana-mana yang tertera di atas dan aktiviti-aktiviti Dutch Lady (dirujuk sebagai "Tujuan")

4. Maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada umum, syarikat induk kami, anak syarikat, syarikat berkaitan, pemegang-pemegang lesen, rakan kongsi perniagaan, pengedar dan/atau pembekal perkhidmatan (termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat-penasihat undang-undang, juruaudit dan bank) untuk mana-mana dari "Tujuan". Selain itu, maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan ke lokasi-lokasi luar Malaysia.

5. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan maklumat tersebut adalah yang dikemaskini. Anda boleh mengakses dan meminta pembetulan maklumat peribadi anda, mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda, atau menghubungi kami dengan sebarang soalan berkaitan dengan maklumat peribadi anda seperti berikut:

PIC: Friso Gold Careline
No. Telefon: 1-800-81-3854
Alamat e-mel: [email protected]

Kami mungkin menolak untuk mematuhi permintaan anda untuk akses atau pembetulan kepada maklumat peribadi anda di bawah Akta dan jika kami enggan mematuhi permintaan tersebut, kami akan memberitahu anda tentang penolakan kami dan sebab kami menolak.

6.   Apabila anda memberikan kepada kami maklumat peribadi anda atau maklumat berkenaan dengan orang lain, anda telah mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak untuk mereka, memberi persetujuan untuk memproses maklumat peribadi dan menerima sebarang notis-notis perlindungan data bagi pihak mereka.

7.   Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.