Langkau ke kandungan utama

Terma Penggunaan

 

Sila baca terma penggunaan ini secara terperinci. Dengan menggunakan laman ini, anda bersetuju untuk tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Friso Gold.

Larangan ke atas Penggunaan Bahan-bahan

Laman sesawang Friso Gold Malaysia (frisogold.com.my) diterbitkan oleh Dutch Lady Milk Industries Malaysia. Keseluruhan kandungan laman sesawang Friso Gold Malaysia adalah terpelihara di bawah undang-undang hak cipta. Pengguna boleh memuat turun bahan-bahan untuk kegunaan mereka sendiri dan bukan untuk tujuan komersial. Penyalinan, pengedaran semula atau penerbitan mana-mana bahagian dalam laman sesawang ini adalah dilarang.

 

Penghantaran

Dengan menghantar kandungan kepada laman sesawang Friso Gold Malaysia, secara automatiknya anda memberikan Dutch Lady Milk Industries Malaysia, atau menjamin bahawa empunya kandungan tersebut telah memberikan Dutch Lady Milk Industries Malaysia dengan nyata, hak dan lesen tanpa royalti, kekal, tidak boleh ditarik balik, tidak eksklusif untuk mengguna, mengeluar semula, mengubah suai, mengadaptasi, menerbit, menterjemah dan mengedarkan kandungan (secara keseluruhan atau sebahagian) di seluruh dunia dan/atau untuk menggabungkannya dalam karya lain dalam sebarang bentuk, media atau teknologi yang kini diketahui atau dibangunkan selepas ini untuk tempoh penuh sebarang hak cipta yang mungkin wujud dalam kandungan tersebut. Anda juga memberi jaminan bahawa anda ialah empunya bahan yang anda hantar dan memastikan ianya tidak melanggar mana-mana hak cipta yang dimiliki oleh orang lain. Anda juga membenarkan orang lain untuk mengakses, melihat, menyimpan atau menerbitkan semula kandungan untuk kegunaan peribadi mereka. Tertakluk kepada kebenaran ini, empunya kandungan yang diletakkan di dalam laman sesawang ini berhak mengekalkan mana-mana dan semua hak yang mungkin wujud dalam kandungan tersebut. Dutch Lady Milk Industries Malaysia tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan bahan yang anda serahkan dan berhak untuk tidak menggunakan bahan yang dianggap boleh dipertikaikan. Dengan menyerahkan sebarang bahan atau borang yang mengandungi nama, alamat dan/atau alamat e-mel anda, anda mengakui bahawa nama, alamat dan/atau alamat e-mel anda mungkin diletakkan pada satu atau lebih senarai mel Dutch Lady Milk Industries Malaysia.

 

Tanggung Rugi

Dengan ini, anda telah bersetuju untuk membebaskan Dutch Lady Milk Industries Malaysia (syarikat induknya dan sekutunya, atau mana-mana pegawai, pengarah, pekerja, ejen, wakil mereka) daripada tanggung rugi dan tidak memudaratkan pihak di atas daripada sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada waranti ke atas bahan yang anda hantarkan dan penggunaan daripadanya.

 

Had Liabiliti

Dutch Lady Milk Industries Malaysia tidak mewakili atau memberi jaminan bahawa laman web Friso Gold Malaysia ini akan boleh diakses atau tersedia tepat pada masanya, atau akses ke laman sesawang ini tidak akan mengalami sebarang gangguan atau bebas ralat. Tapak tapak sesawang ini disiarkan atas dasar "seadanya", tanpa sebarang jenis waranti, sama ada nyata atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti hak milik atau waranti tersirat kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Dalam apa jua keadaan, Dutch Lady Milk Industries Malaysia (syarikat induknya dan sekutunya, atau mana-mana pegawai, pengarah, pekerja, ejen, wakil, pembekal maklumat atau pemberi lesen) tidak akan bertanggungjawab secara langsung, tidak langsung, sampingan, khas, berbangkit, punitif atau ganti rugi lain (tanpa mengira bentuk tindakan). Kecuali syarikat berkaitan Dutch Lady Milk Industries Malaysia dan produk Dutch Lady Milk Industries Malaysia, Dutch Lady Milk Industries Malaysia tidak bergabung atau dikaitkan dengan penaja tapak yang memaut ke atau dari laman sesawang Friso Gold Malaysia ini dan tidak menyokong kandungan yang dipaparkan dalam laman sesawang lain.

 

Maklumat Tambahan

Semua produk, bahan dan maklumat Dutch Lady Milk Industries Malaysia yang dipaparkan di laman sesawang ini adalah ditujukan untuk pelanggan di Malaysia. Untuk maklumat yang berkaitan tentang produk-produk ini di negara lain, sila layari tapak sesawang khusus untuk negara tersebut. Produk Dutch Lady Milk Industries Malaysia khusus yang ditunjukkan di laman sesawang ini mungkin tidak tersedia untuk diedarkan atau dijual di luar Malaysia.

Dutch Lady Milk Industries Malaysia menyokong matlamat Kod Pemasaran Antarabangsa Pengganti Susu Ibu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di negara-negara membangun, termasuk piawaian untuk integriti produk, pelabelan, pengedaran dan promosi. Selaras dengan Perkara 4.2 Kod WHO, pernyataan berikut adalah terpakai:

Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi dan diutamakan sekiranya  dibolehkan. Penyusuan susu ibu adalah antara bahagian yang penting dalam kesihatan, pemakanan, dan langkah-langkah sosial lain yang diperlukan untuk menggalakkan kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak. Jika seorang ibu memilih untuk memberi susu formula kepada bayinya, keputusannya mungkin sukar untuk diubah semula. Penyusuan ibu separa dengan susu formula boleh memberi kesan negatif terhadap pembentukan penyusuan susu ibu. Di mana-mana negara, penggunaan pengganti susu ibu yang tidak wajar boleh menyebabkan kekurangan zat makanan bayi, penyakit serius, dan juga kematian. Penyalahgunaan pengganti susu ibu menimbulkan bahaya kesihatan, oleh itu, sila baca dan ikut arahan penyediaan dan penyimpanan dengan teliti. Penyusuan susu ibu melibatkan keperluan nutrisi tambahan untuk ibu menyusu. Oleh itu, adalah penting bahawa seorang ibu yang menyusu mempunyai diet yang mencukupi untuk memastikan kuantiti dan kualiti pemakanan susunya adalah mencukupi untuk bayinya. Susu formula boleh berperanan sebagai pengganti susu ibu yang baik atau tambahan yang berkhasiat kepada susu ibu jikaa digunakan dengan betul, tetapi ianya lebih mahal. Anda harus mendapatkan nasihat profesional dan menimbang faktor kos susu formula apabila ingin membuat keputusan mengenai kaedah pemberian makanan kepada bayi anda.

Nama produk Dutch Lady Milk Industries Malaysia yang tertera di laman sesawang ini adalah tanda dagangan Dutch Lady Milk Industries Malaysia (atau pemberi lesen, jika dinyatakan).

 

Terma Penggunaan Friso Gold Club

Dutch Lady Milk Industries Malaysia, selaku Pembekal Perkhidmatan rasmi, menyediakan laman sesawang Friso Gold Malaysia sebagai infrastruktur atas talian untuk ibu bapa bertukar fikiran, pandangan, maklumat dan pendapat. Infrastruktur ini disediakan di laman sesawang yang dikenali sebagai www.gut.friso.com.my. 

Penggunaan atau akses ke laman sesawang Friso Gold Malaysia ini dianggap sebagai penerimaan terma dan syarat seperti di bawah.

Isi Kandungan

Kandungan dalam laman sesawang Friso Gold Malaysia yang disiarkan oleh ahli adalah pandangan dan pendapat ahli individu dan tidak mewakili pandangan, pendapat atau pendirian Pembekal Perkhidmatan. Pembekal Perkhidmatan hanya menyediakan laman sesawang Friso Gold Malaysia sebagai infrastruktur untuk wacana awam dan tidak mewakili ketepatan dan kesesuaian maklumat atau pendapat yang dinyatakan atau dikongsi di dalam forum.

Pengguna laman sesawang Friso Gold Malaysia mengakui bahawa maklumat yang dinyatakan atau dikongsi di dalam forum tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional yang bersesuaian. Pengguna hendaklah memberi perhatian dan berhati-hati apabila menggunakan maklumat tersebut, dan hendaklah sentiasa merujuk dan mendapatkan nasihat profesional yang berkelayakan sebelum bertindak ke atas sebarang maklumat.

Adalah dimaklumkan bahawa Pembekal Perkhidmatan tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap maklumat atau pandangan yang diberikan di laman sesawang Friso Gold Malaysia. Pembekal Perkhidmatan tidak membuat jaminan nyata atau tersirat tentang kualiti, skop, ketepatan atau kesahihan maklumat, pandangan atau pendapat yang diberikan termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan Internet, pautan komunikasi dan fail untuk dimuat turun. Selanjutnya, Pembekal Perkhidmatan tidak boleh dan tidak menjamin bahawa kandungan, pautan dalam talian, fail dan fungsi akan bebas daripada serangan virus dan lain-lain sifat yang mencemar atau merosakkan.

Etika Atas Talian

Semasa menggunakan laman sesawang Friso Gold Malaysia, pengguna bersetuju untuk berkelakuan sewajarnya dan bertanggungjawab, menghormati secara sewajarnya dan tidak melakukan penghinaan atau menyiarkan komen yang menyinggung perasaan terhadap pengguna-pengguna lain. Pembekal Perkhidmatan berhak untuk membatalkan mana-mana akaun pengguna dan/atau mengalih keluar mana-mana pengguna yang tidak mematuhi mana-mana syarat penggunaan yang terkandung di dalam Terma Penggunaan ini daripada laman sesawang Friso Gold Malaysia, secara kekal.

 

Hak Kebenaran Editorial

Dutch Lady Milk Industries Malaysia, mengikut budi bicara mutlaknya, berhak untuk meminda atau mengalih keluar sepenuhnya siaran atau hantaran, tanpa notis atau penjelasan terlebih dahulu.

 

Pemilikan Harta Intelek dan Hak Cipta

Pembekal Perkhidmatan memegang semua hak empunya ke atas harta intelek yang terkandung dalam laman sesawang Friso Gold Malaysia, dan memiliki hak cipta kepada semua kandungan di dalamnya.

Penafian

Pengguna bersetuju bahawa walaupun semua langkah yang munasabah telah diambil dalam menyedia dan menyelenggarakan laman sesawang Friso Gold Malaysia, Pembekal Perkhidmatan tidak akan bertanggungjawab ke atas kandungan atau maklumat yang dikemukakan oleh pengguna di laman sesawang Friso Gold Malaysia. Pembekal Perkhidmatan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, berbangkit atau punitif yang timbul daripada akses kepada, pergantungan kepada, tindakan disebabkan, atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman sesawang Friso Gold Malaysia, atau sebarang ketidaktepatan, salah nyata, kesilapan atau ketinggalan dalam kandungannya.

Tiada seorang pun ahli, pengguna atau pihak ketiga dibenarkan untuk membuat sebarang kenyataan, pendapat atau sumbangan bagi pihak Pembekal Perkhidmatan.

Pembekal Perkhidmatan berhak untuk menyemak dan mengubah suai syarat penggunaan ini dari masa ke semasa, tanpa notis bertulis terlebih dahulu.

Pengguna adalah dianggap telah menerima syarat-syarat penggunaan ini dan semua semakan dan pengubahsuaian padanya, jika ada, selepas akses berterusan atau penggunaan laman sesawang Friso Gold Malaysia.