
English | Bahasa Melayu
Susu berkualiti tinggi dihasilkan dari ladang-ladang kami di The Netherlands. Kepakaran tenusu melebihi 140 tahun digunakan untuk menghasilkan persekitaran yang ideal untuk menghasilkan susu yang berkualiti tinggi.
Lembu-lembu premium kami dipilih secara selektif oleh para penternak kami berdasarkan taraf kesihatan, kualiti dan komposisi susu. Menggunakan sensor leher, penternak kami memantau setiap kesihatan lembu melalui kegiatan harian lembu, berapa langkah ia berjalan, berapa lama ia berbaring dan jumlah pengambilan makanan lembu. Inilah cara bagaimana penternak kami mampu menghasilkan Susu Istimewa NOVAS™ yang berkualiti tinggi.
Penternak kami menyediakan makanan setiap lembu mengikut status fisiologi mereka, menganalisis komposisi makronutrien susu supaya sesuai dengan keperluan pemakanan setiap lembu. Ia adalah makanan yang seimbang dan disesuaikan untuk setiap lembu (termasuk rumput rai dan jagung yang ditanam di ladang kami), disediakan secara terperinci oleh penternak kami. Segala persediaan ini penting demi menghasilkan Susu Istimewa NOVAS™ yang berkualiti tinggi.
Ciri Susu Istimewa NOVAS™ dengan molekul kecil dan struktur lembut mendorong penghadaman yang baik. Penghadaman baik menyokong penyerapan nutrien penting dan segala faedah baik ke atas perkembangan dan pertumbuhan.