Langkau ke kandungan utama
Confinement food for mothers after giving birth

Pantang-Larang Yang Perlu Diketahui Oleh Ibu Mengandung

Memahami pantang larang semasa mengandung membantu bagi mengurangkan bahaya dan potensi risiko ibu dan anak. Baca senarai pantang larang ketiga-tiga kaum di sini.

Apakah itu Pantang-Larang?

Pada asasnya, pantang-larang merupakan senarai amalan yang perlu dielakkan untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan anak. Dalam tempoh kehamilan, pastinya terdengar pelbagai ungkapan yang berupa pantang-larang ibu mengandung. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui sama ada pantang-larang ibu mengandung, termasuk makanan,  bercanggah dengan mitos atau fakta yang telah dibuktikan melalui kajian.

Artikel ini akan memaklumkan anda mengenai tips ibu mengandung trimester pertama, kedua dan ketiga, pantang-larang ibu mengandung yang perlu diikuti dalam bulan 1 sehingga bulan 9 dan banyak lagi.

Pantang-Larang Orang Melayu

Dalam budaya Melayu, rahim yang sihat dipercayai akan memastikan wanita kekal berseri. Tempoh berpantang juga dipercayai dapat membantu ibu mendapatkan semula bentuk badan, kesihatan dan tenaga mereka seperti tahap sebelum kehamilan dan juga mengelakkan alergi ketika mengandung. Pada masa ini, ibu biasanya disokong oleh bidan tradisional, ataupun oleh ibu atau ibu mertuanya sendiri. Antara amalan yang dilakukan pada masa ini ialah:

  1. Bengkung digunakan untuk mengempiskan perut dan mengecutkan rahim. Setiap bungkus mempunyai herba dan ubat yang membantu proses ini1.
  2. Jamu merujuk kepada makanan yang membantu wanita pulih selepas bersalin. Ia dipercayai dapat meningkatkan tahap tenaga, menjaga suhu badan hangat, membuang lebihan lemak dan toksin, mengecutkan semua organ, otot dan urat yang bengkak, keluarkan cecair berlebihan, membuang angin dan langsingkan perut1.
  3. Bertungku ialah mampat panas yang digunakan untuk melarutkan sebarang sisa bekuan darah dalam rahim. Ia juga digunakan untuk memecahkan lemak dan diperbuat daripada tumbuhan ubatan, daun dan batu sungai yang dipanaskan dibalut dengan kain1.

Pantang-Larang Orang Cina

Dalam adat resam Cina, tempoh berpantang bertindak sebagai masa untuk ibu baru mengeluarkan toksin, meremajakan badan, dan melancarkan peredaran darah bagi mengelakkan isu seperti alergi, penyakit, pendarahan dan lain-lain ketika mengandung1. Pemakanan ibu pada masa ini juga sangat penting. Antara amalan mereka ialah:

  • Tidak mandi selama 12 hari
  • Tidak mencuci rambut selama sekurang-kurangnya 21 hari
  • Tiada pendedahan langsung kepada angin
  • Tiada tangisan atau perasaan sedih
  • Tiada usaha fizikal
  • Minimumkan pergerakan, idealnya berbaring di atas katil

Pantang-Larang Orang India

Kebanyakan penekanan diet adalah untuk mencegah 'angin' dengan menggunakan bahan-bahan dan rempah-rempah seperti bawang putih, sambil mengelakkan makanan 'menyejukkan'. Budaya India percaya bahawa jika amalan ini tidak dilakukan dengan betul, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan di kemudian hari dalam kehidupan ibu. Amalan tersebut adalah seperti yang disenaraikan1:

  • Makanan laut tidak digalakkan apabila ibu baru menyusu
  • Tidak boleh makan makanan 'Menyejukkan' seperti timun, tomato, santan dan daging kambing
  • Kubis dan terung adalah dilarang
  • Minum air berlebihan tidak digalakkan
  • Tidak boleh makan atau minum makanan dan minuman sejuk

Makanan yang Perlu Dielak semasa Mengandung?

  • Susu tidak dipasteur - Pempasteuran yang dilakukan bertujuan untuk menghapuskan bakteria yang tidak baik dengan menggunakan suhu tinggi. Susu yang tidak dipasteur berisiko mengandungi bakteria listeria yang akan meningkatkan risiko keguguran dan penyakit serius3.
  • Makanan dibungkus dan diproses - Wanita hamil tidak boleh mengambil produk daging yang diproses melainkan makanan itu telah dipanaskan semula sehingga panas4.
  • Makanan laut - Sesetengah ikan dan kerang mengandungi paras merkuri yang berpotensi berbahaya. Terlalu banyak merkuri boleh membahayakan sistem saraf bayi anda yang sedang berkembang5.
  • Makanan mentah atau separuh masak - Makan daging yang kurang masak atau mentah meningkatkan risiko jangkitan anda daripada beberapa bakteria atau parasit, termasuk Toxoplasma, E. coli, Listeria dan Salmonella4.
  • Kafein - pengambilan minuman berkafein secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kelahiran pramatang, keguguran dan masalah bayi kurang berat badan semasa lahir2.
  • Minuman beralkohol - Ibu dinasihatkan untuk mengelak sepenuhnya daripada meminum alkohol semasa hamil, kerana ia meningkatkan risiko keguguran6.
  • Makanan bergula - Sebenarnya gula bukanlah berbahaya jika diambil dalam jumlah kecil. Terlalu banyak boleh menyebabkan kencing manis semasa mengandung7.

Amalan yang Digalakkan semasa Mengandung

  • Bersenam secara sederhana
  • Makan makanan yang kaya dengan folat
  • Ambil vitamin pranatal
  • Makan makanan yang kaya dengan kalsium
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Jejaki kenaikan berat badan anda

Frisomum® Gold – Susu Formula kami untuk kehamilan anda

Susu untuk ibu hamil sering disyorkan kerana ia membantu mengimbangi keperluan pemakanan anda dan anak anda terutamanya pada permulaan kehamilan anda. Kami telah merumuskan Frisomum® Gold dengan mengambil kira ibu dan anak, dan formula Dual Care+ yang unik menyokong anda dalam perjalanan kehamilan anda.

Amalan mengambil kalsium dan mineral lain yang sesuai untuk menyokong anda semasa dan selepas kehamilan boleh mencabar, jadi Frisomum® Gold diformulasi dengan nutrien penting untuk menyokong perubahan fisiologi anda semasa kehamilan. Frisomum® Gold bukan sekadar formula susu untuk kehamilan — ia juga menyediakan asas yang baik untuk anak anda yang membesar. Malah, beberapa nutrien penting yang diberikan oleh Frisomum® Gold kepada anda termasuk:

Vitamin B12 – Vitamin B12 diperlukan untuk penghasilan sel darah merah.

Asid Folik - Asid folik penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel. Folat memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah dan mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin.

Iodin – Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak.

Vitamin D - Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Kalsium - Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Indeks glisemik rendah - Indeks glisemik (GI) ialah sistem penarafan untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah anda apabila dimakan sendiri. Indeks glisemik (GI) yang rendah boleh membantu ibu mengelakkan berat badan berlebihan semasa mengandung.

Dengan begitu banyak sekatan yang dikenakan, berpantang boleh menjadi masa yang mencabar bagi ramai ibu baru, namun, ia penting untuk mengelakkan komplikasi seperti penyakit, pendarahan dan lain-lain ketika mengandung. Dengan tips ibu mengandung trimester pertama, kedua dan ketiga ini dan juga pantang-larang ibu mengandung yang perlu diikuti dalam bulan 1 sehingga bulan 9, anda dan juga anak anda akan sentiasa berceria. 

Apabila anda mempertimbangkan susu kehamilan, pertimbangkanlah asal usul susu, proses pembuatan, kandungan nutrien serta susu yang membantu anda mengawal penambahan berat badan semasa kehamilan. Frisomum® Gold mengekalkan nutrien semula jadi susu untuk memberikan anda apa yang anda perlukan dalam perjalanan kehamilan anda. Frisomum® Gold bertujuan untuk menjadi alternatif susu anda semasa mengandung dan tempoh penyusuan. Ketahui lebih lanjut hari ini!

Rujukan

  1. https://www.healthhub.sg/live-healthy/1651/dos-and-donts-of-asian-confinement 
  2. https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/trimester-pertama/pantang-larang-ibu-mengandung/ 
  3. https://ibusyurga.blogspot.com/2017/06/pantang-ibu-mengandung-shaklee.html 
  4. https://www.healthline.com/nutrition/11-foods-to-avoid-during-pregnancy#4.-Raw-eggs 
  5. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy-nutrition/art-20043844#:~:text=Avoid%20seafood%20high%20in%20mercury,your%20baby's%20developing%20nervous%20system. 
  6. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23580045/ 
  7. https://www.webmd.com/diabetes/gestational-diabetes#:~:text=During%20pregnancy%2C%20your%20placenta%20makes,and%20you%20get%20gestational%20diabetes.