Langkau ke kandungan utama
Ultrasound scan shown by woman of her child

Minggu ke-3 kehamilan: Saiz sebiji vanila

Pada minggu ke-3 kehamilan anda, anak anda mulai menjadi embrio. Anda mungkin mengalami beberapa simptom kehamilan pada peringkat awal ini. Ketahui lebih lanjut di sini!

Minggu ke-1 - imbas kembali kehamilan

Semasa 7 hari pertama kehamilan, anda mungkin menyedari terlepas haid, ini adalah petunjuk terbesar yang anda mungkin hamil. Pada masa ini, anak anda sekecil telur sel tunggal, dan tubuh anda sedang mempersiapkan dirinya untuk beberapa bulan yang akan datang. Ketika inilah anda mula membuat perubahan untuk si kecil yang sedang membesar, mengamalkan diet yang seimbang dan gaya hidup sihat. Jika anda sedang berada di peringkat kehamilan kini, ketahuilah lebih lanjut dalam artikel kehamilan minggu 1 kami tentang langkah yang boleh anda lakukan untuk bersedia.

Minggu ke-2 - imbas kembali kehamilan

Di sinilah ovulasi biasanya bermula, ini bermaksud bahawa anda berkemungkinan besar akan mengandung anak dalam tempoh 14 hari pertama. Dalam tempoh masa ini, anda tidak akan mengalami sebarang gejala kehamilan. Tetapi terdapat tanda-tanda seperti sakit perut dan ketidakselesaan pada payudara. Jika anda berada di peringkat kehamilan ini, ketahui lebih lanjut dalam artikel kehamilan minggu ke-2 kami tentang langkah yang boleh anda lakukan untuk membuat persediaan yang lebih baik.

Minggu ke-3 Kehamilan Anda

Pada minggu ke-3 kehamilan, anak anda mulai menjadi embrio. Kini, janin anda yang sedang membesar dikenali sebagai zigot, iaitu telur yang disenyawakan, mengandungi DNA ibu bapanya. Zigot ialah sel tunggal yang berkembang menjadi blastokista, iaitu kumpulan sel yang lebih besar yang mempunyai lapisan luar dan lapisan dalam. Lapisan dalam akan menjadi anak anda, dan lapisan luar akan menjadi plasenta. Ia mengambil masa kira-kira enam hari untuk blastokista sampai ke rahim anda. Sebaik sahaja ia sampai ke rahim anda, blastokista akan masuk ke dalam lapisan rahim di mana ia menjadi embrio.

 

Selepas blastokista melekat pada rahim, tiga lapisan akan terbentuk. Ia adalah:

  • Lapisan ektoderm: Kulit, rambut, kelenjar dan otak anak anda, antara lain
  • Lapisan mesoderm: Tulang, otot, darah dan tisu penghubung anak anda
  • Lapisan endoderm: Organ dalaman anak anda

 

Badan anda pada minggu ke-3 kehamilan

Anda mungkin tidak akan merasakan perubahan besar berlaku di dalam, atau menghadapi sebarang gejala kehamilan utama pada minggu ke 3. Badan anda kini sudah mulai mencipta persekitaran yang mesra untuk telur yang baru disenyawakan. Untuk membekalkan nutrien-nutrien kepada janin anda, badan anda akan menghasilkan tahap hormon yang lebih tinggi.

 

Anda mungkin perasan beberapa tanda kehamilan umum pada minggu ketiga, seperti:

  • Payudara sensitif: Tanda kehamilan minggu ke-3 ialah payudara anda mungkin menjadi sensitif. Ia juga mungkin berasa lebih besar dan berat. Masa ini anda harus memakai coli sokongan tambahan atau coli sukan.
  • Mual: Ia biasanya dipanggil morning sickness kerana kebanyakan wanita mengalaminya pada waktu pagi. Bagi sesetengah orang, loya boleh berlarutan sepanjang hari. Hubungi doktor anda jika simptom kehamilan ini bertambah teruk sehingga anda tidak boleh makan, berasa pening apabila anda berdiri, terdapat darah dalam muntah anda, atau jika anda kurang membuang air kecil.
  • Keletihan: Simptom kehamilan ini adalah akibat daripada peningkatan pengeluaran hormon. Bagi mempersiapkan janin anda pada 3 minggu, badan anda kini menggunakan sumber tambahan seperti darah dan nutrien-nutrien. Jantung anda berdegup lebih laju, dan anda cepat letih daripada biasa. Pastikan anda banyak berehat dan melakukan aktiviti fizikal ringan setiap hari.


Apakah yang perlu anda lakukan semasa anda menghadapi gejala kehamilan ini?

Anda harus terus makan dengan baik, bersenam, dan mengambil susu ibu mengandung. Dalam kebanyakan kes, minggu ketiga kehamilan masih terlalu awal untuk mengesan anak atau janin anda. Ujian kehamilan di rumah tidak akan mendedahkan kehamilan sehingga 3-5 hari sebelum atau selepas terlepas haid. Jika kitaran haid anda teratur, maka tanda pertama anda sedang hamil adalah hilang haid. Terdapat banyak sebab-sebab lain untuk kelewatan atau terlepas haid, dan satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti adalah dengan mengambil ujian kehamilan.

Jika ujian anda positif, bertenang, dan keutamaan anda seterusnya ialah membuat temu janji dengan doktor.Kini, anda baru sahaja memulakan proses kehamilan anda, tetapi doktor anda akan menasihati cara terbaik untuk menjaga diri anda dan anak anda.

Jangkaan untuk minggu ke-4 kehamilan anda

Pada minggu keempat, janin dijangka membesar sebesar biji popi. Minggu ini juga disertai dengan perubahan hormon, yang membawa kepada gejala seperti kembung perut, keletihan yang luar biasa, dan deria bau yang meningkat. Untuk tidak membiarkan ini menjejaskan anda, anda perlu mempunyai sedikit masa "saya" untuk berehat. Selain itu, tingkatkan pengambilan vitamin-vitamin dan nutrien-nutrien untuk membantu badan anda membuat persediaan bagi minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang.

 

Friso® Gold Mum – Alternatif Susu Formula Kami Semasa Kehamilan Anda

Untuk menangani keperluan khusus bakal ibu-ibu, susu ibu mengandung sering disyorkan kerana ia membantu mengimbangi keperluan pemakanan anda dan anak anda dengan selamat. Kami telah merumuskan Friso® Gold Mum dengan mengutamakan ibu dan anak, dan formula Dual Care+ yang unik menyokong anda dalam perjalanan kehamilan anda. Beberapa nutrien-nutrien penting yang diberikan oleh Friso® Gold Mum kepada anda termasuk:

Vitamin D -Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus1.

Kalsium - Membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi2.

Vitamin B12 - Diperlukan untuk penghasilan sel darah merah dan fungsi sistem saraf yang sihat3.

Asid Folik - Asid folik penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel. Folat memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah. Folat membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin4.

Iodin - Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak5.

Indeks glisemik rendah - Indeks glisemik (GI) ialah sistem penarafan untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah anda apabila dimakan sendiri. Indeks glisemik (GI) yang rendah boleh membantu ibu mengelakkan berat badan berlebihan semasa mengandung.

Apabila anda mempertimbangkan susu tepung ibu mengandung, sebaiknya pertimbangkan asal-usul susu, proses pembuatan, kandungan nutrien serta membantu anda mengawal penambahan berat badan semasa kehamilan. Friso® Gold Mum mengekalkan nutrien semula jadi susu untuk memberikan anda apa yang anda perlukan semasa kehamilan anda. Anda sekarang sudah sedar tentang kepentingan susu ibu mengandung, lihat apa yang ditawarkan oleh Friso® Gold Mum sekarang! Tanda-tanda kehamilan boleh berbeza daripada wanita ke wanita. Ia adalah masa yang baik untuk mula membina kumpulan sokongan anda untuk perjalanan keibuan di hadapan. Apabila ragu-ragu, sila hubungi pakar perubatan profesional anda yang berkaitan untuk mendapatkan nasihat.

Rujukan:

  1. Vitamin D. (2022). Retrieved 14 June 2022, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-d/ 
  2. Calcium. (2022). Retrieved 14 June 2022, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/calcium/ 
  3. B Vitamins. (2022). Retrieved 14 June 2022, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamins/vitamin-b/
  4. https://www.nhs.uk/pregnancy/keeping-well/vitamins-supplements-and-nutrition/#:~:text=Folic%20acid%20before%20and%20during,tube%20defects%2C%20including%20spina%20bifida.
  5. https://www.health.nsw.gov.au/kidsfamilies/MCFhealth/maternity/Pages/iodine-supplements-factsheet.aspx#:~:text=How%20much%20iodine%20do%20pregnant,micrograms%20per%20day%20when%20breastfeeding.

A cup of formula milk for pregnancy

Apakah susu yang paling sesuai untuk ibu mengandung?

Susu untuk ibu hamil membekalkan nutrien yang penting untuk kesihatan ibu dan anak, sepanjang tempoh kehamilan. Dapatkan infomasi susu untuk ibu mengandung di sini.