Langkau ke kandungan utama
Child Coughing

Cara-cara Hilangkan Batuk Anak yang Tidak Berhenti

Melihat anak batuk tak berhenti boleh membimbangkan. Walaupun batuk membantu membersihkan saluran pernafasan, ia mungkin petanda masalah jika berpanjangan. Ketahui punca, cara melegakan, dan langkah pencegahan untuk bantu anak kembali sihat.

Melihat anak batuk tak berhenti boleh menjadi pengalaman yang membimbangkan bagi mana-mana ibu bapa. Batuk adalah tindak balas semula jadi tubuh untuk membersihkan saluran pernafasan, tetapi jika berpanjangan, ia mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius. Artikel ini akan membantu anda memahami punca batuk, cara melegakan batuk anak, dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil di rumah.

Adakah Batuk yang Berpanjangan Bahaya untuk Anak Anda?

Batuk yang berlangsung lebih daripada dua minggu perlu diberi perhatian. Walaupun tidak semua kes batuk berpanjangan berbahaya, ia boleh mengganggu tidur, menyebabkan keletihan, atau menunjukkan masalah kesihatan yang memerlukan rawatan lanjut. Jika anak batuk tak berhenti, penting untuk memantau simptom dan mendapatkan nasihat perubatan jika perlu. 11

Punca-Punca Batuk Berpanjangan pada Kanak-Kanak

Beberapa punca biasa termasuk: 12

  • Jangkitan virus atau bakteria – seperti selesema, bronkitis, atau pneumonia.
  • Alergi atau asma – boleh menyebabkan batuk yang konsisten, terutama pada waktu malam.
  • Pendedahan kepada pencemaran udara atau asap – termasuk asap rokok yang merengsakan saluran pernafasan.
  • Tabiat pemakanan – makanan berminyak atau pedas kadang-kadang boleh merengsakan tekak dan menyebabkan batuk.

Bila Perlu Dapatkan Rawatan Perubatan

Segera bawa anak berjumpa doktor jika: 13

  • Batuk berlanjutan lebih dari dua minggu
  • Demam tinggi (lebih 38.5°C)
  • Sesak nafas atau pernafasan berbunyi (wheezing)
  • Muntah berulang-ulang
  • Anak kelihatan sangat letih, lesu atau kurang makan dan minum

Jangan abaikan jika anak batuk tak berhenti, terutama jika disertai dengan simptom serius seperti yang disenaraikan di atas.

Cara Semula Jadi untuk Melegakan Batuk Anak

Untuk melegakan batuk anak secara semula jadi, cuba langkah-langkah berikut: 13

  • Madu – boleh membantu menenangkan tekak dan mengurangkan kekerapan batuk. (PENTING: Elakkan pemberian madu kepada anak berumur bawah 1 tahun kerana ia boleh membahayakan dan menyebabkan botulisme, sejenis keracunan makanan yang serius.)
  • Sup ayam hangat – berkhasiat dan membantu mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan.
  • Humidifier atau wap air panas – menambahkan kelembapan dalam udara untuk memudahkan pernafasan.
  • Rehat secukupnya – sangat penting untuk proses pemulihan badan.

Amalan-amalan ini bukan sahaja membantu hilangkan batuk anak, malah menyokong sistem daya pertahanan badan mereka.

Langkah-langkah Pencegahan untuk Mengelakkan Batuk Berulang

Langkah pencegahan penting untuk memastikan anak batuk tak berhenti tidak menjadi isu berulang: 13

  • Elakkan pendedahan kepada asap rokok dan pencemaran.
  • Pastikan rumah bersih dan bebas dari habuk serta alergen.
  • Pastikan anak minum air secukupnya untuk kekal terhidrasi dan menjaga kesihatan saluran pernafasan.

Berapa Lama Biasanya Batuk Akan Perlu Masa untuk Pulih?

Kebanyakan batuk akibat selesema ringan akan pulih dalam 7–10 hari. Namun, dalam beberapa kes, batuk boleh berlanjutan selama 2 minggu atau lebih. Selagi anak aktif, makan seperti biasa, dan tidak menunjukkan tanda-tanda serius, proses penyembuhan mungkin hanya memerlukan masa. 14

Bolehkah Ubat Batuk Membantu?

Ubat batuk OTC (over-the-counter) untuk kanak-kanak tidak selalu disyorkan, terutamanya untuk anak kecil. Sebaiknya rujuk dengan doktor sebelum memberi sebarang ubat. Dalam banyak kes, kaedah semula jadi adalah mencukupi untuk melegakan batuk anak. 13

Kepentingan Memberikan Anak Anda Susu Friso® Gold 

Pemakanan juga memainkan peranan penting dalam membantu hilangkan batuk anak dan menyokong sistem daya pertahanan badan mereka.

  • Susu Friso® Gold memastikan anak anda mendapat susu yang sesuai untuk usia mereka, lengkap dengan nutrisi penting.
  • Dengan teknologi LocNutri™, susu ini mengekalkan struktur semulajadi protein untuk penghadaman mudah, membantu anak membesar dengan kuat.

Kanak-kanak mempunyai usus dan perkembangan imunologi yang masih sensitif, jadi mereka memerlukan diet yang seimbang serta nutrisi yang mencukupi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Ini juga bermakna mereka memerlukan formula susu yang sesuai untuk usia mereka.

Friso® Gold menawarkan susu formula yang dirumuskan khas untuk kanak-kanak dengan Teknologi LocNutri™ yang menyokong penghadaman yang baik dan penyerapan nutrien optimum. Anda boleh cuba Friso® Gold Step 3 iaitu susu formula yang dirumuskan untuk kebaikan anak kecil yang berumur antara 1 hingga 3 tahun dan Friso® Gold Step 4 untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kedua-dua susu tersebut dihasilkan daripada susu istimewa NOVAS™ dan diproses sekali sahaja dengan Teknologi LocNutri™ untuk mengekalkan nutrien maksimum. Susu istimewa NOVAS™ mempunyai molekul kecil secara semula jadi dan struktur lembut, dan bebas daripada perisa tambahan untuk penghadaman yang mudah. Selain itu, ia kini mengandungi 2'-FL untuk menyokong pertahanan badan semulajadi anak anda.

Ingin tahu asas bahan susu formula Friso® Gold?

Bahan-Bahan Susu Formula Friso® Gold dan Kebaikannya

DHA, AA, Omega 3 & 6 - Untuk merangsang perkembangan otak. DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum.1 AA memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan, kognisi dan perkembangan optimum semasa anak masih kecil.2 Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk kecerdasan dan perkembangan normal otak, sistem saraf serta organ deria.3

Kalsium, Protein, Vitamin & Mineral - Pertumbuhan otot dan tulang. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi. Protein adalah penting untuk tumbesaran dan penyelenggaraan badan anak anda.4 Vitamin dan mineral adalah penting untuk tumbesaran dan metabolisme.5

2'-FL, GOS, Nukleotida, HN019 & Bifido Lactis - Membantu menyerap nutrien utama dan membina perkembangan sistem dalaman anak. GOS ialah prebiotik yang boleh membantu masalah sembelit dan banyak lagi.6 Nukleotida boleh menggalakkan pertumbuhan gastrousus dan perkembangan immunologi kanak-kanak kecil.7 Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta memupuk kematangan imun dan usus.8 2'-FL, juga dikenali sebagai 2'-fucosyllactose, bertindak sebagai prebiotik, secara terpilih menyuburkan bakteria berfaedah dalam mikrobiota usus.9,10

Dengan gabungan kebaikan alam semula jadi dan sains, Friso® Gold menyokong perkembangan kanak-kanak dengan memastikan mereka mendapat lebih daripada 50 nutrien-nutrien penting. Kanak-kanak mempunyai penghadaman yang baik amat penting bukan sahaja untuk keselesaan mereka tetapi juga memastikan penyerapan nutrien yang baik untuk menyokong perkembangan mereka. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web utama Friso Gold hari ini.

 

Rujukan

  1. https://doi.org/10.3390/nu5072777
  2. https://doi.org/10.3390/nu11030602
  3. https://organicsbestshop.com/blogs/organicsbestclub/why-omega-3-omega-6-is-important-for-children#:~:text=Omega%203%20and%206%20fatty,the%20first%20months%20after%20birth.
  4. https://www.srnutrition.co.uk/2020/07/the-importance-of-protein-for-childrens-growth/#:~:text=Protein%20is%20essential%20for%20your,vitamin%20D%2C%20calcium%20and%20selenium.
  5. Singh, Harinder & Marjina, & Singh, Amandeep & Sharma, Deepak & Singh, Gurmeet. (2020). Role of Mineral and Vitamin for Children and Pregnant Women. 19. 107-115.
  6. Fanaro S, Boehm G, Garssen J, Knol J, Mosca F, Stahl B, Vigi V. Galacto-oligosaccharides and long-chain fructo-oligosaccharides as prebiotics in milk formulas: a review. Acta Paediatr Suppl. 2005 Oct;94(449):22-6. doi: 10.1111/j.1651-2227.2005.tb02150.x. PMID: 16214761.
  7. https://www.einmilk.com/benefits-of-nucleotides-for-children/
  8. https://doi.org/10.4137/CMPed.S33096
  9. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6116142/
  10. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30241407/
  11. https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/batuk-berpanjangan-sudah-melebihi-4-minggu-batuk-berkahak-dan-anak-tidak-mengalami-gejala-demam-selsema-dan-sebagainya-hanya-batuk-yg-teruk-terutamanya-pada-waktu-pagi/239814
  12. https://www.webmd.com/first-aid/coughs
  13. https://hellodoktor.com/penyakit-batuk-saluran-pernafasan/pernafasan-lain/batuk-kronik/
  14. https://kidshealth.org/en/parents/childs-cough.html#:~:text=Lasting%20Cough,3%20weeks%2C%20call%20your%20doctor.

Pregnant woman searching tips on choosing confinement centres

Apakah itu Pusat Jagaan Ibu Bersalin dan Cara Memilih Satu

Selepas pengalaman mengandung dan bersalin, ibu-ibu sekali lagi memulakan perjalanan baru: berpantang selepas bersalin. Sama seperti banyak aspek keibuan yang lain, terdapat perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih pusat jagaan ibu bersalin. Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat dan cadangan untuk membantu anda membuat keputusan dalam memilih pusat jagaan yang sesuai untuk anda.