Langkau ke kandungan utama
healthy food lunch boxes assortment

Resepi Makanan Sihat & Mudah Disediakan Untuk Kanak-Kanak

Pemakanan yang seimbang dan sihat adalah satu kemestian terutamanya bagi kanak-kanak. Meskipun mereka dalam proses membesar, mereka haruslah makan secara sederhana dan memakan diet yang merangkumi semua kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran, susu dan produk tenusu serta lemak tidak tepu¹.

Para ibu bapa disyorkan mengikuti piramid makanan² sebagai panduan asas semasa merancang menu makanan yang sihat untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, dengan pelbagai pilihan makanan yang tersedia, mungkin sukar untuk mengetahui apa yang perlu diberi kepada anak anda. Tambahan pula, kanak-kanak yang berumur 1 hingga 2 tahun sedang dalam fasa peralihan dan baru mula meneroka rasa dan tekstur makanan baharu. Jika anda masih tidak pasti tentang masakan apa yang hendak dihidangkan kepada anak anda, apa kata cuba resipi ini di bawah:

Sarapan

Sarapan pagi merupakan hidangan yang paling penting untuk si kecil. Meskipun anak anda masih kecil, mereka memerlukan sarapan pagi yang seimbang dan sihat untuk membekalkan mereka dengan tenaga sepanjang hari. Sarapan yang seimbang juga boleh membantu mengawal berat badan kanak-kanak3. Apabila mengubah menu sarapan untuk kanak-kanak, terutamanya anak kecil yang baru berumur 1 tahun, ia adalah amat penting untuk mengelakkan makanan yang mempunyai terlalu banyak gula atau garam. Berikut merupakan resepi makanan sihat yang boleh ditambahkan dalam menu hidangan untuk kanak-kanak:

 

Pankek Pisang4

Bahan-bahan

  • 1 pisang bersaiz sederhana
  • 2 biji telur besar

 

Cara Penyediaan

  1. Lecekkan pisang dan gaulkan dengan 2 biji telur tersebut sehingga sebati.
  2. Sendukkan dalam kuali ‘non-stick’ dan masakkan dengan api perlahan sehingga campuran tersebut habis dimasak.
  3. Hidangkan atas pinggan bersama dengan sedikit madu, potongan kecil buah-buahan lain, kismis atau buah beri.

 

Bijirin Oat Dengan Susu dan Buah-buahan

Bahan-bahan

  • ½ cawan kecil bijirin oat segera
  • 1 ½ cawan susu Friso® Gold 3 atau Friso® Gold 4 yang sudah dibancuh
  • Segenggam kecil buah beri, kismis atau epal yang dipotong dadu
  • Hirisan pisang untuk hiasan

 

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan bijirin oat segera dengan susu sehingga sebati dan oat menjadi lembut.
  2. Pastikan buah-buahan pilihan anda dipotong kecil untuk mengelakkan anak anda daripada tercekik.
  3. Masukkan buah-buahan ke dalam adunan oat dan susu atau hiaskan oat dengannya untuk menarik minat anak anda sebelum dihidangkan.

 

Makanan Tengah Hari dan Makan Malam

Makanan tengah hari atau makan malam yang sihat untuk anak anda haruslah mengandungi 3 atau 4 makanan daripada kumpulan makanan yang berbeza. Cuba masukkan lebih banyak sayur-sayuran ke dalam makanan anak anda juga. Anda boleh cuba hidangkan sayur-sayuran dengan cara yang berbeza seperti merebus, mengukus, memanggang, menggoreng atau mentah. Untuk anak kecil yang masih berumur 1 hingga 2 tahun, pilihlah sayur-sayuran yang lembut supaya tidak menyakiti gusi mereka. Kanak-kanak biasanya mudah tertarik kepada makanan yang berwarna-warni, jadi tambahlah sayur-sayuran yang beraneka warna dalam makanan mereka untuk membekalkan mereka dengan serat, vitamin dan zat-zat yang diperlukan.

 

Makanan yang diproses mungkin lebih mudah untuk disediakan, tetapi memasak makanan anda sendiri boleh sama mudah, malah ia lebih sihat untuk anak anda5. Manalah tahu, dengan resepi-resepi berikut anda boleh mengubah menu makanan baru yang boleh dinikmati oleh seluruh keluarga!

 

Bubur Ayam dan Bayam

Bahan-bahan

  • 1 cawan beras
  • 2 ketul dada ayam
  • 100g daun bayam, dikoyakkan menjadi kecil
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan

  1. Rebuskan dada ayam sehingga masak dan lembut kemudian koyakkan atau lecekkan sampai halus. Ketepikan.
  2. Masak beras dengan air rebusan ayam tadi sambil mengacau beras supaya tidak hangus.
  3. Apabila nasi telah menjadi bubur, masukkan daun bayam dan isi ayam tadi dan kacau sehingga masak dan lembut.
  4. Sejukkan dan hidangkan.

 

Sup Makaroni Ayam6

Bahan-bahan

  • 1 cawan makaroni, direbus hingga masak dan kembang
  • 3 ketul ayam, dibuang tulang dan dihiris kecil
  • 4 batang saderi, dihiris kecil
  • 1 biji bawang Holland, dipotong dadu
  • ½ batang lobak merah, dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • ½ inci halia, diketuk
  • Daun bawang, dihiris
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
  • 1-2 cawan air

 

Cara Penyediaan

  1. Tumis bawang Holland, bawang putih, halia dengan minyak zaitun sehingga keperangan.
  2. Masukkan ayam, saderi dan lobak merah lalu kacau sebentar.
  3. Kemudian tuangkan air mengikut konsistensi yang diingini.
  4. Biarkan sehingga sup mendidih, masukkan makaroni.
  5. Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidang.

 

Para ibu bapa bolehlah cuba sediakan resepi sandwic dengan finger food berikut untuk menggalakkan anak-anak untuk menguji pelbagai deria, termasuk deria sentuhan dan deria melihat. Finger food juga boleh membantu melatih fokus anak kecil7.

Sandwic Keju Dengan Potongan Sayur-sayuran

Bahan-bahan

  • 2 keping roti wholemeal
  • Sekeping potongan keju
  • 2-4 keping tomato yang dihiris nipis
  • 2-4 keping timun yang dipotong seperti kentang goreng (french fries)
  • ½ buah avokado (buah alpukat) dipotong bentuk wedges
  • 1 telur yang direbus dan dipotong bentuk wedges

 

Cara Penyediaan

  1. Sapukan sedikit mentega pada kedua-dua keping roti wholemeal.
  2. Letakkan sekeping potongan keju pada bahagian yang disapu mentega dan letakkan hirisan tomato atas keju sebelum menutup sandwic tersebut dengan kepingan roti yang kedua.
  3. Anda boleh memotong sandwic tersebut dengan pemotong cookie (cookie cutter) untuk mendapat bentuk-bentuk yang menarik seperti bintang, bunga dan haiwan untuk menarik minat anak anda.
  4. Hidangkan bersama-sama dengan potongan timun, telur dan avokado sebagai finger food yang boleh dipegang sendiri oleh anak kecil.

 

Snek

Parfait Yogurt Dengan buah-buahan8

Bahan-bahan

  • ½ cawan yogurt Greek
  • ¼ cawan granola
  • ¼ cawan buah beri campuran (beri biru, strawberi) dan ceri
  • Hirisan pisang untuk menghias

 

Cara Penyediaan

  1. Dalam mangkuk atau cawan kecil, lapiskan yogurt greek, granola dan buah-buahan.
  2. Ulangi lapisan tersebut sehingga penuh dan hiaskan dengan hirisan pisang dan buah-buahan lain.
  3. Hidangkan segera.

 

Cucur Nasi Dengan Sayur9

Bahan-bahan

  • 1 cawan nasi
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sebatang lobak merah
  • ½ sebiji bawang merah
  • Segenggam kecil kuntum brokoli (broccoli florets)

 

Cara Penyediaan

  1. Kisarkan nasi secawan.
  2. Cincangkan lobak merah dan bawang merah.
  3. Pecahkan kuntum brokoli sehingga menyerupai serbuk roti.
  4. Gaulkan sayur-sayuran yang disediakan dengan nasi yang dikisarkan tadi, tambahkan sebiji telur dan kacau hingga sebati.
  5. Senduk adunan cucur dan gorengkan dalam minyak panas sampai keperangan dan angkatkan.
  6. Toskan dan letakkan atas tisu dapur untuk menyerap minyak tambahan sebelum dihidangkan.

 

Walaupun anak anda kini boleh mengambil makanan pejal, anda masih disyorkan untuk menambah susu formula yang baik dalam diet mereka untuk memastikan mereka mendapat semua nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dan kuat. Ingin tahu lebih lanjut tentang resipi dan menu makanan sihat untuk kanak-kanak? Layari artikel kami tentang Makanan yang Berkhasiat untuk Kanak-kanak untuk baca tentangnya.

Teknologi LocNutri™: Penghadaman Mudah Supaya Lebih Kuat Dari Dalam

Cubalah Friso® Gold Step 3 iaitu, susu formula yang dirumuskan untuk kebaikan anak kecil yang berumur antara 1 hingga 3 tahun, dan Friso® Gold Step 4 untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Dihasilkan daripada susu istimewa NOVAS™ dan diproses sekali sahaja dengan Teknologi LocNutri™ untuk mengekalkan nutrien maksimum, Friso® Gold menggabungkan kebaikan alam semula jadi dengan sains untuk membawa kepada anda susu yang mudah dihadam dengan lebih daripada 50 nutrien-nutrien penting untuk membantu anak anda membesar lebih kuat dari dalam.​ Ia amat penting untuk anak anda mempunyai penghadaman yang baik bukan sahaja untuk keselesaan mereka tetapi juga untuk mengelakkan komplikasi pada masa depan mereka. Anda boleh mendapatkan sampel: Cuba pek percubaan 1 hari percuma atau diskaun 50% untuk pek percubaan 6 hari.

 

Formula Friso® Gold mengekalkan nutrien semulajadi susu untuk memberikan si manja anda apa yang mereka perlukan untuk perkembangan keseluruhannya. Ketahui lebih lanjut hari ini!

 

 

Rujukan

  1. https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/pemakanan-anak/pemakanan-sihat-untuk-kanak-kanak/
  2. http://www.myhealth.gov.my/piramid-makanan-malaysia/
  3. https://kidshealth.org/en/parents/breakfast.html 
  4. https://my.theasianparent.com/8-resipi-ringkas-yang-anak-anda-pasti-suka
  5. https://www2.hse.ie/living-well/healthy-eating/families/
  6. Si Kecil Susah Makan? Jom Cuba Resipi Makanan Ini, Pasti Anak Tak Tolak! 
  7. 5 Resepi Finger Food Yang Sedap & Berkhasiat
  8. https://my.theasianparent.com/resepi-makanan-kanak-kanak-1-3-tahun
  9. https://my.theasianparent.com/8-resipi-ringkas-yang-anak-anda-pasti-suka
  10. https://story.motherhood.com.my/my/resepi-bubur-nasi-ayam/ 

adorable-girl-running-her-mother

Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah

Kanak-kanak, dengan semangat penjelajahan dan rasa ingin tahu mereka, seringkali terdedah kepada pelbagai situasi berbahaya di dalam rumah. Mereka masih kecil dan belum lagi peka terhadap benda-benda yang berbahaya di rumah. Oleh itu, sebagai ibu bapa atau penjaga, ia adalah penting untuk memastikan rumah menjadi tempat yang selamat bagi perkembangan dan kesejahteraan mereka. Artikel ini akan berbincang tentang kepentingan langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak dan cara untuk melaksanakannya untuk memastikan keamanan sekeluarga di rumah.