Langkau ke kandungan utama
sick-woman-had-headache-hands-touched-her-head-bed

Cara Mengatasi Kemurungan Selepas Bersalin

“Pospartum blues” adalah istilah yang sering digunakan untuk menggambarkan tempoh yang penuh emosi selepas kelahiran anak, tetapi tanda-tandanya kadangkala boleh dikelirukan dengan simptom kemurungan selepas bersalin. Bagaimanakah anda boleh membezakannya dan apakah cara untuk mengatasi gejala meroyan selepas bersalin? Bacalah artikel ini untuk ketahui selanjutnya.

Proses bersalin adalah saat yang penuh emosi dan merupakan peristiwa penting dalam kehidupan mana-mana wanita. Sebagai bakal ibu, emosi anda mungkin dipengaruhi oleh tahap hormon anda serta kebimbangan tentang anak anda. Namun begitu, bagi segelintir kaum wanita, perasaan kebimbangan atau keresahan yang melampau itu masih berterusan selepas anak mereka sudah pun selamat dilahirkan. Malah ia juga mungkin diikuti oleh perasaan sebak atau marah tanpa sebab yang jelas serta perasaan negatif lain yang berlanjutan.

Secara lazimnya, keadaan ini dipanggil “postpartum blues” jika ia pulih dengan sendirinya, tetapi bergantung kepada beberapa faktor lain, ia mungkin juga merupakan keadaan yang lebih serius daripada kes biasa “postpartum blues”. “Postpartum blues” dan kemurungan selepas bersalin, adalah istilah-istilah yang sering digunakan secara silih berganti.1 Walau bagaimanapun, kedua-duanya adalah keadaan yang berbeza. Marilah kita mendalami faktor-faktor yang membezakan kedua-dua keadaan ini dan fahami puncanya serta cara mengatasinya.

Apakah beza antara kemurungan selepas bersalin dan "postpartum blues"? 

Perbezaan utama di antara kemurungan selepas bersalin (juga dikenali sebagai “postpartum depression” atau meroyan) dan "postpartum blues" terletak pada intensiti, tempoh dan kesan ke atas kehidupan seharian.1 Walaupun kedua-duanya boleh melibatkan emosi yang sama, terdapat ciri-ciri yang membezakan mereka. Berikut merupakan ciri-ciri untuk kedua-dua keadaan tersebut:

Kemurungan/Meroyan selepas bersalin

  • Merupakan masalah kesihatan mental serius yang boleh menjejaskan kesejahteraan emosi dan kesihatan fizikal ibu.2 
     
  • Keadaan berterusan untuk lebih dari dua minggu. Boleh berlanjutan untuk bertahun-tahun selepas kelahiran anak dan biasanya tidak akan pulih secara sendirinya.2,3 
     
  • Disebabkan kombinasi faktor genetik (biologi), psikologi dan persekitaran (sosial).2 Tekanan hidup, tuntutan fizikal dan emosi, penjagaan anak dan perubahan hormon semasa dan selepas kehamilan turut menjadi faktor penyumbang kepada masalah ini.1,2
     
  • Boleh mengakibatkan ibu terasa renggang dengan anak, seolah-olah anak tersebut bukan anak kandungnya. Ibu juga mungkin menghadapi kesukaran untuk membentuk ikatan kasih sayang dengan anak mereka.1

Postpartum blues

  • Gejala yang normal dan merupakan gangguan emosi yang agak ringan. Biasanya berlaku dalam tempoh lepas bersalin dan tidak mengganggu fungsi harian dengan ketara.2
     
  • Lazimnya akan pulih secara tersendiri dalam beberapa minggu.2  
     
  • Kebanyakan kes “postpartum blues” disebabkan oleh perubahan hormon mendadak selepas bersalin, ketidakselesaan selepas bersalin dan gabungan perubahan gaya hidup seperti kurang tidur, keletihan dan tanggungjawab baru sebagai ibu.2

Mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 daripada 8 ibu di Malaysia mengalami kemurungan selepas bersalin.4 Setelah mengetahui statistik ini, jelas kelihatan bahawa kesedaran tentang perbezaan antara “postpartum blues” dan kemurungan selepas bersalin adalah amat penting.  

Kemurungan selepas bersalin tidak boleh diambil remeh. Kesihatan mental ibu adalah sama penting dengan kesihatan fizikal, malah keadaan mental mereka mungkin mempunyai akibat yang berkekalan kepada diri sendiri dan anak. Oleh itu, sebagai ibu ataupun bakal ibu, jika anda merasakan diri anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin, anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat doktor atau pakar psikiatri dengan segera.

Mencari bantuan atau sokongan bukanlah tanda kelemahan, tetapi tanda kekuatan dan komitmen anda terhadap kesejahteraan anda dan anak anda. Jangan menderita dalam diam — hubungilah doktor, pakar psikiatri atau profesional kesihatan mental yang lain dengan segera. Mereka boleh memberikan sokongan dan rawatan yang anda perlukan untuk pulih dan menikmati masa berharga ini bersama anak anda.

Apakah punca berlakunya kemurungan selepas bersalin? 

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang individu mengalami kemurungan selepas bersalin. Berikut merupakan senarai ringkas beberapa punca gejala meroyan selepas bersalin yang kerap dilihat:

  • Sejarah kemurungan atau penyakit mental lain2,
     
  • Sejarah keluarga yang mengalami depresi atau penyakit mental
     
  • Perubahan hormon2 
     
  • Kurang sokongan daripada suami, keluarga atau rakan-rakan 
     
  • Komplikasi terhadap anda atau anak semasa proses kehamilan atau kelahiran2 
     
  • Mengalami komplikasi dalam proses penyusuan 
     
  • Perubahan hidup lain yang berlaku dalam tempoh berpantang6

Apakah simptom kemurungan selepas bersalin? 

Tanda-tanda dan gejala-gejala kemurungan selepas bersalin atau “postpartum depression” yang biasa dilihat termasuk:

Mental dan Emosi 

  1. Kesedihan yang berlarutan, mengalami sensitiviti emosi yang tinggi4  
     
  2. Senang marah atau tertekan4 
     
  3. Perasaan bersalah dan terasa bahawa diri sendiri serba kekurangan yang melampau4 
     
  4. Hilang harga diri dan putus asa4 
     
  5. Masalah menumpukan perhatian, mengingat, atau membuat keputusan3,4

Fizikal 

  1. Keletihan yang melampau dan kekurangan tenaga3,4 
     
  2. Perubahan dalam selera makan (selera bertambah atau berkurang secara mendadak)4 
     
  3. Masalah tidur (sukar untuk tidur, kekal tidur, atau tidur terlalu banyak)4 
     
  4. Hilang minat dalam aktiviti yang pernah anda gemari3,4

Sesetengah ibu yang menghadapi gejala meroyan selepas bersalin juga terasa sukar untuk menjalinkan hubungan dan ikatan dengan anak yang baru dilahirkan.3,4 Jika kemurungan selepas bersalin menjadi kronik, sesetengah individu mungkin mempunyai pemikiran yang boleh membahayakan anak dan diri sendiri.2,3,4 Anda dinasihatkan untuk segera dapatkan bantuan doktor atau pakar psikiatri jika mengalami pemikiran mengganggu (intrusive thoughts).

Apakah cara-cara untuk mengatasi kemurungan selepas bersalin? 

Anda tidak perlu redha sahaja dengan diagnosis kemurungan selepas bersalin. Dengan mengamalkan sikap yang lebih rela menunjukkan belas kasihan kepada diri anda, mendapatkan bantuan profesional dan mengutamakan penjagaan diri, anda boleh berjaya mengharungi cabaran ini dan membina asas yang kukuh untuk perjalanan anda sebagai seorang ibu. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda cuba untuk mengatasi gejala meroyan selepas bersalin:

1. Dapatkan bantuan profesional 

  • Cuba terapi psikologi untuk meluahkan fikiran dan beban emosi yang dirasai6 
     
  • Dapatkan bantuan psikiatri dan pertimbangkan ubat antidepresan jika keadaan memerlukannya6

2. Bina sistem sokongan (support group)

  • Jangan segan untuk meminta bantuan2 
     
  • Bergaul dengan ibu-ibu lain dan berjumpa rakan yang dipercayai1 
     
  • Beritahu keluarga anda tentang perjuangan mental anda dan dapatkan sokongan mental, emosi, sosial dan fizikal jika perlu6 
     
  • Sokongan suami dari segi emosi dan praktikal juga amat penting untuk menambahbaik keadadaan emosi isteri.4,5

3. Amalan penjagaan diri 

  • Ikutilah amalan berpantang untuk memastikan badan anda pulih sepenuhnya 
     
  • Banyakkan berehat dan jangan paksakan diri untuk menangani segalanya secara bersendirian4 
     
  • Bersenam atau melakukan aktiviti ringan1 
     
  • Mengambil diet yang lebih sihat bukan sahaja perlu diamalkan semasa mengandung. Para ibu perlulah mengambil makanan dan minuman yang sesuai sebelum, semasa dan selepas mengandung.1,4,6 Ikutilah pantang diet makanan yang kurang minyak, bernutrisi tinggi dan menggunakan bahan segar.

Sebagai bakal ibu, terdapat banyak perkara yang perlu disediakan sebelum anak anda dilahirkan. Untuk mengurangkan rasa tertekan selepas anak anda dilahirkan, adalah lebih baik untuk bersedia sekarang. Bacalah artikel ini untuk mengetahui lebih banyak tentang keperluan dan persediaan yang perlu dibuat semasa anda masih mengandung.

Friso® Gold Mum – Susu Formula kami untuk kehamilan anda 

Susu untuk ibu mengandung sering disyorkan kerana ia membantu mengimbangi keperluan pemakanan anda dan anak anda terutamanya pada permulaan kehamilan anda. Kami telah merumuskan Friso® Gold Mum dengan mengambil kira keperluan susu untuk ibu mengandung serta anak, dan formula Dual Care+ yang unik untuk menyokong anda dalam perjalanan kehamilan anda.
Amalan mengambil kalsium dan mineral lain yang sesuai untuk menyokong anda semasa dan selepas kehamilan boleh mencabar, jadi Friso® Gold Mum diformulasi dengan nutrien-nutrien penting untuk menyokong perubahan fisiologi anda semasa kehamilan. Friso® Gold Mum bukan sekadar formula susu untuk kehamilan — ia juga menyediakan asas yang baik untuk anak anda yang sedang membesar. Malah, beberapa nutrien-nutrien penting yang diberikan oleh Friso® Gold Mum termasuk:
 

Vitamin B12 – Vitamin B12 diperlukan untuk penghasilan sel darah merah.
 

Asid Folik - Asid folik penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel.7 Folat memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah dan mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin.
 

Iodin – Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak.8
 

Vitamin D - Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.9
 

Kalsium - Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.10
 

Indeks glisemik rendah - Indeks glisemik (GI) adalah sistem penarafan untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah anda apabila dimakan sendiri. Indeks glisemik (GI) yang rendah boleh membantu ibu mengelakkan berat badan berlebihan semasa mengandung.
 

Selain itu, jangan lupa apabila anda mempertimbangkan susu kehamilan, pertimbangkanlah asal usul susu, proses pembuatan, kandungan nutrien serta susu yang membantu anda mengawal penambahan berat badan semasa kehamilan. Friso® Gold Mum mengekalkan nutrien semula jadi susu untuk memberikan anda apa yang anda perlukan dalam perjalanan kehamilan anda. Friso® Gold Mum bertujuan untuk menjadi alternatif susu anda semasa mengandung dan tempoh penyusuan. Ketahui lebih lanjut hari ini!

 

Rujukan

  1. https://www.pantai.com.my/ms/health-pulse/postpartum-blues-or-depression
     
  2. https://my.theasianparent.com/meroyan-selepas-bersalin-3
     
  3. https://hellodoktor.com/kehamilan/kelahiran-anak/beranak/kemurungan-selepas-bersalin-boleh-berlanjutan/
     
  4. https://hq.moh.gov.my/bpkk/images/3.Penerbitan/2.Orang_Awam/2.Unit_Pendidikan_Kesihatan/2.PDF/6.Infografik_Kesihatan_Ibu/2Kemurungan_Postnatal.pdf
     
  5. https://www.andorracare.com/post/kemurungan-selepas-bersalin-boleh-membawa-maut
     
  6. https://gleneagles.com.my/ms/health-digest/postpartum-depression 
     
  7. https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/masalah-kehamilan/mengapa-asid-folik-penting-untuk-kehamilan/
     
  8. https://ms-m.iliveok.com/family/iodin-semasa-kehamilan_131267i15854.html
     
  9. https://www.popmama.com/pregnancy/second-trimester/adeline-kinanti/manfaat-vitamin-d-untuk-ibu-hamil-dan-janin
     
  10. https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/mengapa-ibu-hamil-perlukan-kalsium/
     

pregnant_woman

Tanda-tanda awal kehamilan (bulan 1 - 3) yang anda perlu tahu

Perubahan fizikal dan emosi yang dialami wanita hamil pada trimester pertama berkemungkinan besar adalah tanda kehamilan normal. Untuk tidak salah tafsir sebagai masalah kesihatan, ibu hamil perlu tahu apakah tanda-tanda awal dan simptom kehamilan normal pada bulan 1 hingga bulan 3, iaitu, trimester pertama.