Skip to main content
Hospital bag checklist for pregnant moms

"Checklist" barang-barang persediaan sebelum bersalin

Bagi kebanyakan bakal ibu bapa kali pertama, masa menunggu untuk bersalin mungkin merupakan salah satu detik paling tertekan dalam hidup mereka. Duduk, berehat, dan bersedia untuk beberapa hari akan datang dengan mengemas barang persediaan bersalin yang diperlukan untuk anda, pasangan anda dan anak anda.

Barang untuk masa bersalin

Jimatkan masa serta kurangkan kerumitan dengan mengemas beg barang persediaan bersalin terdahulu sebelum masa bersalin dengan barang seperti:

  • Dokumen rasmi anda seperti borang hospital, kad insurans dan kad pengenalan peribadi untuk memastikan proses daftar masuk yang lancar ke wad anda. Anda akan menjimatkan banyak masa berharga tidak berulang-alik dari rumah dan hospital.
  • Menjadi selesa adalah sangat penting untuk bersalin dengan lancar. Kemaskan gaun persalinan, jubah mandi, peralatan mandian, selipar, stokin, baju malam atau kemeja-T lama dan bantal yang selesa.
  • Bawalah juga bahan hiburan yang memudahkan masa berlalu. Hiburkan diri anda dengan sedikit bacaan ringan daripada buku dan majalah, tonton filem pada komputer riba dan dengar muzik.
  • Anda juga boleh meminta bakal bapa untuk mengurut menggunakan minyak urut atau losyen untuk melegakan kaki yang bengkak dan bahu yang ketat.

 

Barang untuk selepas bersalin

Selepas bersalin, anda tentu ingin berehat dan relaks. Jika anda mengemas beg persediaan bersalin awal, minda anda akan tenang dan tenteram.

  • Sediakan tuala untuk anda gunakan apabila berada di dalam wad.
  • Walaupun biasanya anda akan diminta untuk memakai pakaian hospital, namun ada baiknya anda menyediakan sehelai kain batik ataupun segan untuk dipakai apabila keluar daripada hospital kelak ataupun semasa diperlukan ketika berada di dalam wad.
  • Sediakan juga pad bersalin ataupun pad ‘overnight’ untuk mengelakkan darah yang keluar apabila masanya bersalin. Sekiranya perlu, sediakan beberapa keping tambahan pad untuk persediaan.

 

Persediaan untuk ayah baru

Memandangkan bakal bapa akan menyokong dan menemani anda di hospital, adalah penting untuk mereka berasa selesa juga.

  • Anda boleh menyediakan peralatan mandian, telefon, kamera, kamera video bersama-sama bateri tambahan, pakaian, bantal, pakaian dan apa sahaja yang mereka perlukan untuk menghiburkan diri mereka.
  • Apabila malam semakin lama dan anda serta suami anda berasa lapar ataupun penat, anda haruslah menyimpan sedikit duit kecil untuk membeli makanan ringan atau minuman daripada mesin layan diri. Anda juga boleh pertimbangkan untuk membawa makanan ringan dan air juga.

 

Kelengkapan untuk anak anda

Antara barang anak anda untuk mengemas dalam beg barang persediaan bersalin ialah:

  • Sediakan satu helai baju dengan saiz sesuai untuk anak anda. Sebaiknya, pilih baju yang berlengan panjang untuk mengelakkan anak anda kesejukan.
  • Seterusnya, sehelai kain bedung. Pilih kain bedung yang diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan tidak sensitif untuk kulit anak.
  • Jangan lupa juga sediakan beberapa helai lampin untuk anak anda. Pilih saiz yang betul agar sesuai untuk anak anda.
  • Mitten adalah sarung tangan anak manakala booties adalah sarung kaki anak. Untuk memudahkan anda, sebaiknya beli satu set yang sama warna seperti baju, topi dan kain bedung.
  • Lindungi kepala anak anda dengan topi anak. Pemakaian topi kepada anak adalah untuk menjaga anak agar tetap suhu badannya kekal hangat seperti berada di rahim ibu.

 

Frisomum® Gold – Susu Formula kami untuk kehamilan anda

Susu untuk ibu hamil sering disyorkan kerana ia membantu mengimbangi keperluan pemakanan anda dan anak anda terutamanya pada permulaan kehamilan anda. Kami telah merumuskan Frisomum® Gold dengan mengambil kira ibu dan anak, dan formula Dual Care+ yang unik menyokong anda dalam perjalanan kehamilan anda.

 

Amalan mengambil kalsium dan mineral lain yang sesuai untuk menyokong anda semasa dan selepas kehamilan boleh mencabar, jadi Frisomum® Gold diformulasi dengan nutrien-nutrien penting untuk menyokong perubahan fisiologi anda semasa kehamilan. Frisomum® Gold bukan sekadar formula susu untuk kehamilan — ia juga menyediakan asas yang baik untuk anak anda yang membesar. Malah, beberapa nutrien-nutrien penting yang diberikan oleh Frisomum® Gold termasuk:

 

Vitamin B12 – Vitamin B12 diperlukan untuk penghasilan sel darah merah.

 

Asid Folik - Asid folik penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel. Folat memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah dan mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin.

 

Iodin – Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak.

 

Vitamin D - Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

 

Kalsium - Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

 

Indeks glisemik rendah - Indeks glisemik (GI) ialah sistem penarafan untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah anda apabila dimakan sendiri. Indeks glisemik (GI) yang rendah boleh membantu ibu mengelakkan berat badan berlebihan semasa mengandung.

 

Apabila anda mempertimbangkan susu kehamilan, pertimbangkanlah asal usul susu, proses pembuatan, kandungan nutrien serta susu yang membantu anda mengawal penambahan berat badan semasa kehamilan. Frisomum® Gold mengekalkan nutrien semula jadi susu untuk memberikan anda apa yang anda perlukan dalam perjalanan kehamilan anda. Frisomum® Gold bertujuan untuk menjadi alternatif susu anda semasa mengandung. Ketahui lebih lanjut hari ini!

 

References:

  1. https://hellodoktor.com/kehamilan/kelahiran-bayi/persediaan/barang-keperluan-bersalin/ 
  2. https://www.decamellia.com/2020/09/checklist-barang-bersalin-dan-proses.html 

Was this page helpful?

😊Thank you!
We appreciate your feedback.
😊Thank you!
We appreciate your feedback.
A young child demonstrating responsibility by watering plants

Cultivating Character In A Day Of Fun

Children are master copycats – and many character traits are created by imitation. Here are 10 ways you can incorporate character-building activities naturally into your daily routine.